Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Sekitaran masjid membuka hati, langsung memeluk Islam

Dec 25, 2022 | 05:30 AM



PADA usia semuda 21 tahun, Encik Muhammad Farhan Yoong mula mengenali keindahan Islam dan memeluk agama ini, tertarik dengan budi baik yang ditunjukkan rakan-rakan Muslimnya.



Pendedahan awal pada agama ini bermula apabila beliau sering memandu rakan-rakan Perkhidmatan Negara (NS) dari Pasukan Polis Singapura ke masjid, baik untuk solat Jumaat ataupun sewaktu maghrib.



Penyelianya ketika itu, Encik Fadzil Abdul Rahman, merupakan Setiausaha Masjid Omar Kampong Melaka pada waktu itu.



Encik Fadzil yang mengenalkannya dengan jemaah di masjid itu yang menerimanya dengan tangan terbuka dan penuh mesra.



Semangat ukhuwah inilah yang membuatkan Encik Muhammad Farhan betah menjadi sukarelawan masjid berkenaan dengan antara kerja kemasyarakatannya melibatkan membantu kelas Quran buat pelajar di kejiranan Jalan Kukoh.



Dalam perkongsiannya yang diterbitkan dalam buku A Reverent Journey: Masjid Omar Kampong Melaka, 1820-2020 And Beyond, Encik Muhammad Farhan, 27 tahun, berkata:



"Melihat teman Muslim saya membantu orang lain, saya menyedari melakukan kebaikan adalah sebahagian besar cara kehidupan masyarakat Islam.



"Mereka tidak mengasingkan agama daripada kehidupan, semuanya menjadi satu.



"Terdapat cara yang betul untuk melakukan perkara tertentu dan ia menjadi sebahagian hidup anda. Pendekatan sebegini adalah yang saya cari-cari. Justeru, saya menghadiri kursus agama dan akhirnya memeluk Islam."



Beliau sentiasa rasa selesa dikelilingi masyarakat Islam yang gigih membantu golongan memerlukan di flat sebilik sekitar Jalan Kukoh.



Encik Muhammad Farhan bersama rakan sukarelawannya mengambil guru agama bagi kelas Al-Quran itu dari rumah mereka untuk ke masjid, bawa makanan dan sebagainya.



"Kami bukan sahaja membantu orang Muslim. Kami juga mengusahakan agar warga emas daripada semua kaum mendapatkan pemeriksaan perubatan percuma. Kami juga mendidik mereka tentang isu seperti risiko terjatuh.



"Hotel Seacare berdekatan menyediakan lokasi untuk pemeriksaan perubatan ini. Mereka yang hadir termasuk jemaah Masjid Omar Kampong Melaka.



"Saya kini buat lebih daripada setakat kerja kemasyarakatan untuk masjid ini - segala yang saya buat mencorak hidup saya menjadi insan yang lebih baik," jelasnya.



Encik Muhammad Farhan atau nama sebenarnya Yoong Chun Keat mempunyai pemikiran terbuka dan seimbang untuk membantu menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik.



Beliau mendapat pendidikan di sekolah swasta dan dibimbing guru-guru daripada latar belakang antarabangsa pada peringkat sekolah menengah dan posmenengah atas keinginan ibu bapanya yang mendapat pendidikan luar negara (bapanya lulusan institusi di United Kingdom manakala ibunya mendapat pendidikan di Australia).



"Kalau ada masalah, saya cuba sebaiknya menghuraikannya. Orang kata buat kesilapan itu baik (agar dapat belajar daripada kesilapan).



"Tetapi saya secara peribadi berasakan tidak baik pula kalau saya bikin silap. Jadi saya cuba elakkan kesilapan.



"Saya bersikap optimistik, rasanya. Saya selalu meninjau cara bagaimana perkara tertentu dapat dilakukan dengan lebih baik lagi," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >