Selagi ada pertembungan budaya, akan berlaku pinjaman kata
Premium
Selagi ada pertembungan budaya, akan berlaku pinjaman kata
Jun 20, 2021 | 5:30 AM
DR MUKHLIS: Sejarah orang Melayu amat terkait dengan tamadun India (bahasa Sanskrit) pada satu ketika dahulu, kemudian agama Islam (bahasa Arab) sejak abad ke-15, dan kini bahasa Inggeris. Maka terdapat banyaklah perkataan dalam bahasa Melayu yang dipinjam daripada bahasa-bahasa itu. - Foto fail -
Ahad lalu, BERITA MINGGU memaparkan pandangan beberapa pakar bahasa dan ustaz mengenai penggunaan istilah Arab yang dipinjam ke dalam bahasa Melayu bagi kegunaan dan pertuturan harian. Minggu ini, kami sajikan penerangan bertulis Profesor Madya Dr Mukhlis Abu Bakar dalam soal jawab mengenai perkara itu.
SOALAN: Apa pandangan Dr Mukhlis mengenai dasar bahasa Melayu meminjam bahasa bangsa lain, secara ringkas. Terutama dalam soal pengajaran agama Islam, kita juga banyak menggunakan perkataan bahasa Arab. Apa tujuannya?

