Premium
Sembilan lagi gerai halal sertai BAM@Woodlands
Apr 30, 2023 | 5:30 AM

LANCAR DAPATKAN MAKANAN: Inisiatif Belanja-A-Meal (BAM)@ Woodlands mengalu-alukan penyertaan sembilan lagi gerai halal di Cantine Corner Admiralty. Cik Lindawati (kanan), pekerja gerai Nasi Lemak Ayam Taliwang, antara gerai baru, sedang mengimbas kod QR Cik Suryanti Sopyan yang ingin mendapatkan makanan yang telah dibayar dahulu oleh penyumbang ke pekedai. - Foto BM oleh NUR DIYANA TAHA -
PENDUDUK di Woodlands di bawah satu inisiatif makanan masyarakat, Belanja-A-Meal (BAM)@Woodlands kini mempunyai lebih banyak pilihan, dengan sembilan lagi penjaja menyertai inisiatif tersebut.
BAM@Woodlands, yang telah dimulakan pada 2020, ialah sebuah inisiatif membolehkan penderma membayar penjaja terdahulu dan makanan itu akan diterima oleh penduduk kurang berkemampuan yang telah berdaftar di bawah inisiatif itu.

