Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

SEMPENA HARI BAPA

Bapa tunggal rela kekal 'bujang' demi jaga 'anak istimewa'

Jun 19, 2022 | 05:30 AM



IBU bapa mana yang tidak berasa kecewa apabila mendapat berita anak yang dikandung tidak sempurna. Walau sepahit hempedu, Encik Abdul Halal memutuskan untuk meneruskan kandungan ketiga isterinya itu, dan tawakal dengan pemberian Allah.



"Mungkin doktor salah, mana kita tahu? Mungkin dia tak akan lahir sebegitu. Apa pun saya reda dengan ketentuan-Nya," kata bapa lima anak itu.



Pada mulanya, beliau agak khuatir tentang persepsi masyarakat dan ahli keluarga yang lain, tetapi yang penting buatnya ialah memberikan terbaik untuk anak istimewanya itu.



Menurut Encik Abdul Halal, pada mulanya agak sukar untuk mengajar Fitriah, 30 tahun, berdikari, kerana pemikiran dan kebolehannya berbeza daripada orang normal, tetapi keluarganya cekal mendidik Nurul dengan penuh kasih sayang.



"Kami masukkan dia ke tadika biasa pada umur dua tahun, tetapi dia tidak diterima di situ. Apabila umurnya tujuh tahun, saya menghantarnya ke Persatuan Golongan Kurang Daya Intelek Singapura (Minds) dan dari situ, barulah nampak perubahan positif pada diri Fitriah," cerita Encik Abdul Halal, 60 tahun.



Anak ketiganya itu mempunyai sifat semula jadi yang ceria dan beliaulah penghibur hati bapanya. "Dia ada kelebihannya sendiri dan kalau tak ada dia, saya sunyi," terang Encik Abdul Halal yang telah kematian isterinya 14 tahun lalu akibat barah paru-paru.



Selepas isterinya meninggal dunia, Encik Abdul Halal menguruskan kesemua keperluan anak-anaknya sendiri. Mujur anak-anaknya sudah dewasa, jadi beliau dapat tumpukan lebih perhatian kepada Fitriah dan dua adik lelaki di bawahnya.



"Pada hari isteri saya meninggal dunia, Fitriah hilang di pekarangan hospital. Hampir dua jam kami mencarinya, tetapi tak jumpa," imbas Encik Abdul Halal pada hari yang menyedihkan itu.



"Bila kami jumpa dia, dia sedang duduk bersendirian dan melukis gambar ibunya."



Fitriah dapat mengingat tarikh lahir dan tarikh kematian ibunya sehingga ke hari ini. Beliau juga sering ternampak ibunya dalam mimpi.



"Budak begini tak reti berbohong, dia jujur," kata bapanya.



"Saya nampak perubahan Fitriah apabila dia memasuki Minds. Di sini lah dia dapat bergaul dengan kawan-kawan, dan belajar bagaimana berdikari," kata Encik Abdul Halal.



Di rumah, Fitriah dapat melakukan kerja rumah dengan baik, malah dialah yang akan marah jika adik-adiknya tidak mencuci pinggan dengan betul. Kerja rumah seperti membasuh, melipat kain dan menggosok juga Fitriah dapat lakukan sendiri.



"Anak-anak normal, bila sudah besar, akan buat hal sendiri, jarang hendak duduk bersama saya, tetapi Fitriah lain. Bila saya sakit, dialah yang merawat saya, sediakan makanan saya, letakkan tuala di kepala saya dan menjaga saya. Kalau dia tak ada, tentu saya akan sunyi," kata bapa penyayang itu.



"Tidak terlintas untuk saya berkahwin lagi setelah ibu Fitriah meninggal dunia. Saya khuatir tentang Fitriah. Saya senang begini, cuma saya risau, apa akan jadi pada Fitriah sekiranya saya tiada lagi," katanya mengakhiri wawancara bersama penulis di Minds minggu lepas.



Di meja berdekatan, Fitriah bersungguh-sungguh melukis dirinya bersama bapa kesayangannya itu untuk ditunjukkan kepada kami.




 'ANAK ISTIMEWA' MEMANG ISTIMEWA



"Anak-anak normal, bila sudah besar, akan buat hal sendiri, jarang hendak duduk bersama saya, tetapi Fitriah lain. Bila saya sakit, dialah yang merawat saya, sediakan makanan saya, letakkan tuala di kepala saya dan menjaga saya. Kalau dia tak ada, tentu saya akan sunyi...

Tidak terlintas untuk saya berkahwin lagi setelah ibu Fitriah meninggal dunia. Saya khuatir tentang Fitriah. Saya senang begini, cuma saya risau, apa akan jadi pada Fitriah sekiranya saya tiada lagi.''

- Encik Abdul Halal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >