Rencana
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Premium

Sengketa 'panaskan' kalendar politik Malaysia

Dec 29, 2022 | 5:30 AM
DULU BEKERJASAMA: Tan Sri Muhyiddin Yassin (duduk, tengah) bersama Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (duduk, kiri) dan Tan Sri Abdul Hadi Awang (duduk, kanan) menandatangani dokumen selepas pertemuan enam mata berhubung kemelut politik Perak di Bangunan Parlimen pada Disember 2020, dalam usaha membentuk kerjasama antara tiga parti utama melibatkan Perikatan Nasional, Umno dan PAS. - Foto fail/ TWITTER DATUK TAKIYUDDIN HASSAN
DULU BEKERJASAMA: Tan Sri Muhyiddin Yassin (duduk, tengah) bersama Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (duduk, kiri) dan Tan Sri Abdul Hadi Awang (duduk, kanan) menandatangani dokumen selepas pertemuan enam mata berhubung kemelut politik Perak di Bangunan Parlimen pada Disember 2020, dalam usaha membentuk kerjasama antara tiga parti utama melibatkan Perikatan Nasional, Umno dan PAS. - Foto fail/ TWITTER DATUK TAKIYUDDIN HASSAN -

PERBALAHAN berterusan antara parti politik dalam kerajaan Malaysia, terutama antara Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno) dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan gesaan supaya menyegerakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) menghiasi latar politik negara yang boleh dianggap hiruk-pikuk dan bingit sepanjang tahun ini.

Sengketa antara Umno dengan Bersatu, parti yang menerajui Perikatan Nasional (PN) ketika ini, tercetus sejak Perhimpunan Agung Umno (PAU) pada Mac tahun lalu sebenarnya, selepas parti Melayu diasaskan pada 11 Mei 1946 itu membuat ketetapan bahawa tiada sebarang kerjasama dengan Bersatu pada PRU15.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg