Premium
Sentosa rai Jubli Emas dengan kapsul masa, 50 barangan
Sep 8, 2022 | 5:30 AM
JUBLI EMAS SENTOSA: Kapsul masa sempena ulang tahun Sentosa yang ke-50 dikunci selepas Puan Halimah (dua dari kiri) memasukkan barang yang terakhir, iaitu senaskhah buku yang memaparkan kisah daripada 50 personaliti, selebriti dan pihak berkepentingan utama Sentosa di jamuan malam Jubli Emas Sentosa di Pantai Siloso baru-baru ini. Puan Halimah bersama (dari kiri) Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong; Encik Tan; dan CEO SDC, Cik Thien Kwee Eng. - Foto SDC -
TIKET masuk lama, cenderamata, tag nama dan peluru kosong - inilah antara 50 barang yang diletak dalam kapsul masa sempena Jubli Emas Sentosa atau ulang tahunnya yang ke-50.
Kapsul masa itu dikunci selepas Presiden Singapura, Puan Halimah Yacob, memasukkan barang yang terakhir, iaitu senaskhah buku yang memaparkan kisah daripada 50 personaliti, selebriti dan pihak berkepentingan utama Sentosa di jamuan malam Jubli Emas Sentosa di Pantai Siloso baru-baru ini.

