Premium
'Setia' di aeroangkasa, tingkat kemahiran, naik pangkat
Terdapat penekanan untuk mengalihkan persepsi orang ramai mengenai sesuatu pekerjaan dan menerima definisi yang lebih luas tentang apa yang dikira sebagai 'pekerjaan yang baik', dan bukan hanya tertumpu pada kelayakan akademik sahaja. BERITA MINGGU mendapatkan pandangan ahli akademik serta tiga pekerja setempat dalam industri yang berbeza. Ikuti laporannya.
Feb 5, 2023 | 5:30 AM
MINAT BERTERUSAN: Encik Ariffin, memutuskan untuk merebut peluang keluar dari zon selesa untuk terus maju dalam kerjayanya. -
BELIAU menceburi bidang aeroangkasa sebagai teknisyen pelatih dengan gaji bulanan sekitar $700 sekitar 26 tahun lalu.
Meskipun memulakan kerjaya dengan sijil Institut Teknikal Singapura (STI) - kini dikenali sebagai Institut Pendidikan Teknikal (ITE) - minat yang tersemai membuatkan Encik Ariffin Abu Bakar 'setia' pada bidang tersebut dan juga bekerja untuk syarikat yang sama di SIA Engineering.

