'Singa-Pura-Pura' himpunan karya 12 penulis setempat, Berita Rencana - BeritaHarian.sg
Subuh
5:36
Syuruk
6:53
Zuhur
12:57
Asar
4:02
Maghrib
6:59
Isyak
8:08
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Rencana0

'Singa-Pura-Pura' himpunan karya 12 penulis setempat

Cerita tentang makhluk asing, utopia, rohaniah dan cereka sains dalam masyarakat Melayu diketengah dan dihimpun dalam buku cereka spekulatif baru
Sep 05, 2021 | 05:30 AM

CERITA-CERITA berkenaan makhluk asing, utopia, rohaniah dan cereka sains dalam masyarakat Melayu telah diketengahkan dan dihimpunkan dalam satu buku cereka spekulatif baru.

Berjudul Singa-Pura-Pura, ia menampilkan 12 penulis setempat dan ditulis bersama serta disunting oleh pensyarah kanan di Jabatan Kemanusiaan, Seni dan Sains Kemasyarakatan di Universiti Teknologi dan Rekaan Singapura (SUTD), Dr Nazry Bahrawi.

Karya itu adalah hasil Dr Nazry dalam program penulisan di Korea Selatan sebagai penulis tamu di Pusat Kebudayaan Toji 2019, yang ditawarkan oleh Majlis Seni Kebangsaan (NAC).

Semasa dihubungi, Dr Nazry berkata buku ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran tentang trend kontemporari cereka spekulatif Melayu dari Singapura di samping memperkenalkan pembaca kepada kepelbagaian dalam masyarakat Melayu setempat.

Menurut beliau, buku itu mengetengahkan tesis bahawa cereka spekulatif oleh penulis Melayu Singapura, yang berkarya dalam Bahasa Melayu dan Inggeris sejak lewat 2010, boleh dianggap sebagai satu aliran yang dinamakan Singa-Pura-Pura.

Halal Home Based Business
SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

"Aliran ini yang merupakan gabungan dua perkataan - Singapura dan pura-pura - mencerminkan masyarakat yang dibayangkan, serta membentangkan penulisan yang menyentuh tentang harapan dan pergelutan masyarakat minoriti Melayu menerusi cerita-cerita fantasi yang menampilkan iblis, hantu, makhluk asing, robot serta binatang jadian," jelas Dr Nazry.

Buku tersebut tercetus berikutan kajian beliau terhadap simbol-simbol makhluk asing yang sering ditulis oleh penulis Melayu Singapura sejak 2018.

Beliau mendapati terdapat trend penulisan cereka spekulatif dalam kalangan penulis Melayu yang berkarya dalam Bahasa Melayu mahupun Inggeris.

Ini seperti buku tulisan Hassan Hasaa'Ree Ali berjudul Souvenir Dari Angkasa Lepas (2016) dan karya Farihan Bahron, Kesumat Sang Avatar (2017).

Antara yang menarik dalam buku itu, kata Dr Nazry ialah ia mencerminkan kepelbagaian dalam masyarakat Melayu Singapura.

"Saya berharap pembaca akan faham bahawa Melayu Singapura bukanlah masyarakat yang monolitik.

"Salah satu yang menarik tentang buku ini ialah kepelbagaian cerita-cerita ditulis.

"Anda akan dapat membaca karya yang asalnya ditulis dalam bahasa Melayu dan diterjemahkan ke Inggeris di samping hasil karya oleh penulis Melayu dalam bahasa Inggeris.

"Saya percaya ini mungkin antara segelintir, jika tidak satu-satunya, penerbitan yang menghimpunkan dunia prosa dalam satu teks tunggal.

"Satu kepelbagaian yang ditawarkan, juga dari segi penulis baru dan lama serta karya diterbitkan dan belum diterbitkan. Malah bahan diterbitkan telah diluaskan supaya pembaca dapat mendalaminya lebih terperinci...," terang Dr Nazry.

Tambah beliau, terdapat cerita-cerita makhluk asing, rohaniah, utopia dan cereka sains.

Meskipun dengan adanya kepelbagaian ini, anda melihat himpunan ini dikaitkan dengan pengalaman Melayu minoriti.

"Secara kolektif, kisah-kisah ini akan menangani isu-isu berkaitan dengan marginalisasi dan ketidaksamaan tetapi juga menggariskan perkara positif seperti kepedulian terhadap orang lain dan meraikan tradisi yang kaya," ujar Dr Nazry.

Satu cabaran dihadapi dalam menghasilkan buku, kongsi beliau, ialah dalam menentukan siapa pembacanya dan apa yang akan membuat mereka suka dengan karya itu.

Menurut Dr Nazry, sejak dari awal lagi, beliau merancangkan ia dalam bahasa Inggeris kerana mahu mendekati pembaca lebih luas, mahupun antarabangsa - dengan harapan ia akan menjadi buku kajian dalam modul berkenaan sastera Melayu, Singapura atau Asia Tenggara.

Pada masa yang sama, beliau akur ada karya dalam buku itu ditulis dalam Bahasa Inggeris pada asalnya, untuk pembaca Melayu dan jangkaan akan berbeza di antara pembaca Melayu dengan pembaca bahasa Inggeris.

"Strategi saya ialah untuk mencari cerita yang bukan hanya penuh dengan jalan cerita yang imaginatif tetapi cara penulisan yang menarik dan segar," tambahnya.

Sebagai permulaan, sebanyak 1,000 naskhah akan dicetak dan boleh didapati di kedai buku setempat seperti Kinokuniya, BooksActually, Huggs x Epigram Bookstore serta kedai dalam talian, Ethos Books.


"Aliran ini yang merupakan gabungan dua perkataan - Singapura dan pura-pura - mencerminkan masyarakat yang dibayangkan, serta membentangkan penulisan yang menyentuh tentang harapan dan pergelutan masyarakat minoriti Melayu menerusi cerita-cerita fantasi yang menampilkan iblis, hantu, makhluk asing, robot serta binatang jadian.
"Secara kolektif, kisah-kisah ini akan menangani isu-isu berkaitan dengan marginalisasi dan ketidaksamaan tetapi juga menggariskan perkara positif seperti kepedulian terhadap orang lain dan meraikan tradisi yang kaya."

- Dr Nazry Bahrawi, pensyarah kanan di Jabatan Kemanusiaan, Seni dan Sains Kemasyarakatan di Universiti Teknologi dan Rekaan Singapura (SUTD) .

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map