MENGGUNAKAN telefon bijak bagi tempoh yang lama seperti bermain atau menonton video lazimnya menyebabkan alat itu menjadi panas dan kurang selesa disentuh. Kini telefon bijak Find X5 Pro keluaran Oppo menggabungkan bahan moden dan cara pembuatan baru yangt menjanjikan telefon tidak menjadi terlalu panas.
Sistem penyejukan baru dalam Find X5 Pro membolehkan alat itu mengekalkan kesejukan. Panel belakang tidak akan menjadi panas dengan tidak selesa apabila bermain permainan video pengguna juga tidak perlu bimbamh apabila menggunakan telefon itu untuk merakam video 4K.
Memastikan alat telefon kekal sejuk bukanlah proses yang mudah. Namun Oppo menggunakan huraian penyejukan pasif penuh. Ruang wap ialah nadi sistem penyejukan telefon ini. Dari luar, ini mungkin kelihatan seperti kepingan logam nipis, tetapi terdapat dunia kecil yang rumit di dalam dindingnya.
Ruang wap adalah sebuah ruang diperbuat tembaga amat tipis yang diisi dengan cecair. Apabila haba daripada komponen di bawah mengalir melalui bahagian bawah ruang, cecair ini menyejat dan merebak ke seluruh ruang. Ia kemudain berwap pada dinding luar sekali gus, menyebarkan haba ke permukaan yang lebih besar. Proses ini akan menghilangkan haba dan mengekalkan kesejukan pada alat yang digunakan.
Selain ciri pengurangan haba, telefon bijak ini juga mencipta nama sebagai alat imejan paling canggih yang pernah dihasilkan Oppo.
Ia menawarkan sistem kamera canggih menggunakan Marisilicon X sejenis unit memproses neural (NPU), dua sensor IMX766 dan paparan 120hz yang berupaya menghasilkan sebilion warna.
Lazimnya merakam video pada waktu malam atau dalam sekitaran kurang cahaya memberi cabaran bagi kebanyakan telefon bimbit. Oleh itu Oppo mencipta Marisilicon X sebuah NPU khusus untuk merakamkan warga dan butiran imej dalam keadaan gelap.
Oppo antara lain telah bekerjasama rapat dengan Sony untuk menyesuaikan sensor dengan kamera depan Find X5 Pro bagi menghasilkan imej yang jelas, tajam dan penuh berwarna.
Prestasi Find X5 Pro dipacu cip mudah alih Snapdragon 8 Gen 1 yang memberikan pengalaman penuh bertenaga. GPU perdana Qualcomm pula menawarkan prestasi grafik 30 peratus lebih tinggi, dan kecekapan kuasa 25 peratus lebih daripada alat sebelumnya.
Oppo Find X5 Pro kini ada di pasaran pada harga bermula $1,699.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg