Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SOROTAN ISU

Sistem titipan antara pilihan akhir tangani kes dera, abai anak

Jun 19, 2022 | 05:30 AM



MEMELIHARA keutuhan keluarga dan memastikan kanak-kanak selamat adalah keutamaan, namun dalam kes serius yang melibatkan penderaan atau pengabaian dengan persekitaran rumah tidak selamat, pengaturan penjagaan lain mesti dibuat sebagai pilihan terakhir.



Ini termasuk mempunyai sistem titipan, kata Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF).



"Persekitaran paling ideal bagi kanak-kanak membesar ialah di rumah mereka sendiri di mana terdapat kestabilan, keselamatan dan hubungan keluarga yang rapat.



"MSF berusaha mengekalkan keluarga yang utuh dan akan bekerjasama dengan keluarga dan rangkaian mereka demi memastikan kanak-kanak selamat di rumah.



"Bagaimanapun, dalam kes penderaan atau pengabaian yang serius dengan persekitaran rumah tidak selamat, pengaturan penjagaan lain boleh dibuat sebagai pilihan terakhir.



"Titipan adalah salah satu pengaturan penjagaan sementara sedemikian," kata kementerian tersebut dalam jawapan bertulisnya kepada Berita Minggu.



Di Singapura, kanak-kanak yang terpisah daripada keluarga asal mereka



sebaik mungkin akan cuba disatukan semula.



Ini berbeza daripada pendekatan yang diambil beberapa negara lain iaitu tidak menyatukan semula kanak-kanak yang pernah didera atau diabaikan keluarga asal mereka disebabkan trauma yang pernah dilalui.



Ditanya mengapa pendekatan tersebut diambil, MSF menjelaskan bahawa apabila kanak-kanak ini berada di bawah penjagaan lain, pekerja kes akan berusaha menyatukan mereka dengan keluarga asal.



Namun, mereka terdahulunya akan melengkapkan para penjaga dengan kemahiran sesuai bagi menyokong keupayaan keibubapaan dan pemfungsian keluarga mereka.



"Kanak-kanak boleh disatukan semula dengan keluarga mereka apabila para penjaga menunjukkan mereka mampu menjaga anak-anak mereka dalam sekitaran yang selamat dan stabil.



"Pun begitu, seandainya penyatuan semula tidak dapat dilakukan meskipun kita telah berusaha sedaya upaya, atau ia bukan demi kepentingan terbaik kanak-kanak itu, maka pelan jangka panjang lain akan dipertimbang untuk menyediakan keselamatan, kestabilan dan kepastian penjagaan bagi kanak-kanak itu," ulas MSF.



Ini termasuk membolehkan ibu bapa titipan menjaga kanak-kanak sedemikian sehingga usia mereka mencecah 21 tahun, jika dibenarkan mahkamah di bawah Perintah Penjagaan dan Perlindungan Dipertingkat.



Menurut statistik yang dikongsi MSF, sehingga 31 Disember 2021, seramai 541 kanak-kanak berada di bawah sistem titipan, naik daripada 311 kanak-kanak pada 2012.



Sementara itu, terdapat 595 keluarga titipan sehingga 31 Disember tahun lalu, berbanding 243 keluarga titipan pada 2012.



Kementerian itu juga berkata, terdapat kes kanak-kanak titipan ini mempunyai adik-beradik yang juga memerlukan jagaan titipan.



Sebaik mungkin



, mereka akan diletakkan di bawah keluarga titipan yang sama, namun, jika keadaan tidak mengizinkan dan adik-beradik ini terpaksa dipisahkan, MSF akan mengatur agar mereka dapat bertemu melalui keluarga titipan masing-masing agar tali persaudaraan mereka dapat dikekalkan.



"Kami berharap lebih banyak keluarga dapat ke hadapan untuk menyediakan penjagaan untuk kanak-kanak ini, termasuk adik-beradik, supaya mereka boleh mendapat manfaat daripada persekitaran rumah yang selamat dan penyayang," kata MSF.



Lebih banyak keluarga Melayu/ Islam turut digalakkan tampil sebagai keluarga titipan sedang kementerian itu "membina kumpulan ibu bapa titipan yang pelbagai... untuk memenuhi profil dan keperluan berbeza kanak-kanak yang di bawah penjagaan pemerintah".



"MSF peka dalam penempatan kanak-kanak ini dan berusaha memadankan mereka dengan keluarga yang menganut agama sama.



"MSF juga mempertimbang pelbagai faktor seperti keserasian budaya, jarak sekolah kanak-kanak itu dengan rumah ibu bapa titipan dan kemahiran dan keupayaan ibu bapa titipan memenuhi keperluan kanak-kanak tersebut termasuk keperluan fizikal, psiko-sosial dan rohani," jelas kementerian itu.



Sesiapa yang ingin tahu lebih lanjut tentang Skim Titipan MSF boleh melungsuri laman www.msf.gov.sg/ fosterin; e-mel kepada fostering@ msf.gov.sg atau menghubungi talian 1800 111-2222




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >