Sofwe ciptaan firma S'pura, V-Key, lindung identiti digital lebih 236j pelanggan dunia
Mencari penyelesaian masalah pelanggan menjadi misi dua syarikat Singapura, V-Key dan Nanofilm Technologies International Limited, yang masing-masing berupaya mencipta teknologi sofwe dan solusi nanoteknologi yang belum pernah dihasilkan di dunia dan berjaya mendapat pengesahan paten. Menerapkan inovasi dalam sistem pekerjaan syarikat dengan kerjasama rapat agensi pemerintah, kededua syarikat ini telah menempa nama dan menebar sayap di peringkat wilayah dan antarabangsa.
CUKUP INOVATIF: Sebanyak 100 aplikasi mobil menggunakan teknologi V-Key yang melindungi pemasangan dan identiti digital pada alat mobil pengguna. Dalam gambar ini ialah (dari kiri) Ketua Platform Tribe, Kejuruteraan Produk V-Key, Encik Hoang Vinh Tran; Ketua Pegawai Operasi V-Key, Encik Raymond Lee; Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas sama V-Key, Encik Joseph Gan; dan Pengarah Kejuruteraan Produk, Encik Karan Sachdeva. - Foto ST -
Laporan ini dibawakan oleh Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI)
LEBIH 236 juta pelanggan serata dunia telah meraih manfaat daripada perlindungan identiti digital hasil ciptaan syarikat keselamatan digital Singapura, V-Key.