Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Sokong anak istimewa harungi sekitaran sekolah baru

Jan 10, 2022 | 05:30 AM



APABILA penggal baru dimulakan pada minggu lalu, tentunya ramai ibu bapa ghairah dan teruja melihat anak-anak mereka kembali ke sekolah.



Namun, ada juga di antara kita yang mempunyai anak yang harus berdepan dengan rutin yang baru dan sukar bagi mereka membuat penyesuaian bagi menerima perubahan rutin atau sekitaran persekolahan yang baru.



Perubahan ini mungkin disertai dengan tabiat melepaskan tantrum yang sukar dikawal sebelum bermulanya rutin tersebut, sesuatu yang perlu ditangani ibu bapa dengan penuh rasa sabar.



Peralihan ke tahun akademik baru agak mencabar bagi sesetengah kanak-kanak, terutama yang mengalami spektrum autisme atau singkatannya, ASD.



Bagi memudahkan golongan kanak-kanak tersebut, ibu bapa digalakkan memberi sokongan dan perhatian kepada mereka dalam bentuk persiapan mental dan emosi, agar mereka lebih bersedia membuat penyesuaian.



Kanak-kanak ASD biasanya lebih suka pada rutin dan persekitaran yang sama. Ada kalanya, menyesuaikan diri dengan perubahan baru boleh menjadikan mereka lebih cemas.



Proses peralihan, seperti berpindah ke kelas atau kampus yang baru, bertemu rakan dan guru baru, perubahan jadual kelas dan laluan bas juga boleh menimbulkan rasa bimbang kepada kanak-kanak tersebut.



Bagaimanapun, jika ibu bapa dapat mengatasi perasaan sedemikian di peringkat awal, kita dapat membantu mereka menjalani peralihan rutin dengan lebih lancar.



Mulakan dengan mengenal pasti punca pencetus kebimbangan mereka. Berikan sokongan emosi serta sentiasa berkomunikasi dengan mereka supaya mereka dapat meningkatkan keyakinan diri mereka.



Berikut beberapa cara yang anda boleh lakukan untuk membantu anak-anak anda yang mengalami ASD membuat penyesuaian diri dengan peralihan atau perubahan rutin seharian mereka.



1. Kongsi Cerita Tentang Perubahan



Salah satu cara terbaik untuk membantu anak-anak ASD menyesuaikan diri dengan perubahan ialah dengan bercerita. Reka cerita anda sendiri menggunakan watak atau permainan kegemaran mereka atau rujuk mana-mana buku tentang perubahan. Beritahu mereka apa yang mereka boleh jangkakan dan belajar dalam persekitaran baru. Anda mungkin perlu mengulangi cerita itu beberapa kali untuk menyampaikan mesej yang tersirat.



Pada mulanya, anak-anak mungkin agak jengkel dan tidak mahu menerima perubahan dan berasa sedih dan mungkin juga menangis. Yakinkan mereka bahawa anda akan sentiasa menyokong mereka.



2. Sokong Kebimbangan Mereka



Benarkan anak meluahkan perasaan bimbang dan gelisah mereka. Tunjukkan sikap prihatin anda pada mereka dan akui kerunsingan mereka. Perkukuh aspek-aspek perubahan positif seperti peluang berjumpa dengan teman-teman sekolah dan persekitaran baru.



Sebagai contoh, jika mereka suka pada kelas olahraga, beritahu mereka bahawa mereka boleh bermain dengan kawan-kawan mereka semula.



Anda juga boleh menunjukkan keghairahan menantikan untuk mereka berkongsi cerita apabila mereka pulang ke rumah. Tunjukkan kepada mereka bahawa anda juga bersemangat untuk mahu mendengar cerita dari perubahan yang mereka alami.



3. Orientasikan Mereka Tentang Rutin Baru Dengan Carta Visual



Kanak-kanak ASD memberi respons yang lebih baik pada carta visual berbanding isyarat lisan. Amalan menunjukkan kepada mereka carta visual tentang rutin harian pasti membantu mereka beralih dari satu aktiviti ke aktiviti lain dengan lebih mudah dan ini membantu mereka menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu dengan lebih baik.



Mempunyai carta visual tentang perkara yang mereka akan lalui pada hari dan minggu pertama juga boleh memberikan jaminan kepada anak anda bahawa peralihan akan berlaku. Ingatkan mereka untuk sentiasa bertenang dan dapatkan bantuan guru mereka apabila mereka berasa takut atau gementar.



4. Permudahkan Hubungan Dengan Rakan-Rakan Mereka



Jika anda kenal siapa di antara rakan-rakan anak anda yang akan berada dalam kelas yang sama, beritahu anak anda bahawa mereka tidak perlu gementar kerana mereka akan berjumpa dengan teman-teman mereka semula. Jika tidak, galakkan mereka untuk berkenalan dengan teman-teman baru di dalam kelas.



5. Biasakan Mereka Dengan Rutin Sekolah Baru



Selepas lebih sebulan berada di rumah, praktikkan rutin tidur awal, mengemas beg, bersarapan dan menunggu untuk pergi ke sekolah setiap hari. Cipta carta visual dan letakkannya di tempat yang boleh mereka lihat supaya mereka boleh membuat nota mental tentang rutin harian ke sekolah dengan lebih tenang dan yakin.



Minggu-minggu pertama persekolahan agak menakutkan bagi anak-anak kita yang perlu menyesuaikan diri dengan perubahan baru. Beri mereka masa menerima perkara baru. Anda mungkin akan mengalami sedikit cabaran di pagi hari-hari mendatang ini. Namun percayalah, berkat usaha dan kesabaran kita sekarang, kita akan melihat wajah-wajah yang gembira dalam beberapa minggu akan datang.




  • Penulis adalah pengasas firma Tin Communications. Beliau seorang ibu kepada anak autisme yang menghadiri sekolah di Pathlight School.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >