Rencana
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Premium

Sokongan lebih menyeluruh bantu keluarga tinggal flat sewa keluar dari lingkaran kesusahan

Wan Rizal: Projek DIAN@M³ diharap tawar pendekatan lebih khusus bagi dorong keluarga dapat miliki flat sendiri; akur cabaran dihadapi golongan ini 'banyak lapisan'
Sep 26, 2021 | 5:30 AM
SOKONG PENDUDUK FLAT SEWA: Dr Wan Rizal, yang bertemu dengan beberapa penduduk di sebuah blok flat sewa dekat Kelab Masyarakat Kolam Ayer, yakin Projek DIAN@M³ dapat menyokong keluarga di flat sewa dengan lebih menyeluruh dan khusus. - Foto BH oleh ALPHONSUS CHERN
SOKONG PENDUDUK FLAT SEWA: Dr Wan Rizal, yang bertemu dengan beberapa penduduk di sebuah blok flat sewa dekat Kelab Masyarakat Kolam Ayer, yakin Projek DIAN@M³ dapat menyokong keluarga di flat sewa dengan lebih menyeluruh dan khusus. - Foto BH oleh ALPHONSUS CHERN -

Jumlah keluarga Melayu yang tinggal di flat sewa mendapat perhatian baru-baru ini setelah jumlahnya yang meningkat dilaporkan dalam Banci Penduduk. Ia kemudian ditimbulkan Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam Rapat Hari Kebangsaan sebagai antara keprihatinannya. Pelbagai usaha pemerintah dan bukan-pemerintah telah dilaksana sejak sekian lama untuk memberi sokongan kepada keluarga-keluarga yang tinggal di flat sewa. Namun, hakikatnya sebahagian besar keluarga yang tinggal di flat-flat sewa berdepan dengan pelbagai cabaran yang dipenuhi kerumitan - daripada hubungan dan struktur keluarga mereka hinggalah masalah kewangan atau kesihatan yang tidak diduga. BERITA MINGGU bertemu dengan pihak-pihak yang bekerjasama rapat dengan keluarga sedemikian bagi memahami dengan lebih mendalam cabaran yang dihadapi mereka, selain usaha yang telah dan akan dilaksanakan bagi membebaskan keluarga-keluarga ini daripada lingkaran kesusahan.

MESKIPUN kebanyakan penduduk flat sewa di kawasan undinya di Kolam Ayer merupakan warga emas, Anggota Parlimen GRC Jalan Besar Dr Wan Rizal Wan Zakariah amat prihatin tentang kebajikan kanak-kanak yang tinggal di flat sewa bersama keluarga mereka.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg