Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Catat prestasi baik meski di tengah pandemik

Sokongan orang tersayang bantu atasi cabaran lalui peperiksaan

Jan 17, 2022 | 05:30 AM



Kohort pelajar yang menduduki peperiksaan GCE Peringkat 'O' tahun lalu mencatatkan prestasi lebih baik berbanding tahun sebelumnya. Ini meskipun peperiksaan itu diadakan di tengah-tengah pandemik Covid-19. BERITA HARIAN menampilkan beberapa kejayaan pelajar yang memberangsangkan meski perlu melalui jalan berliku.



SEMENTARA rakan sekelasnya risau atau gementar menduduki kertas pertama bagi peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) Peringkat 'O' tahun lalu, punca kerisauan Cik Aminah Fairouz Adlee Nazree pada masa itu agak berbeza.



Pelajar Madrasah Al-Maarif Al-Islamiah itu akui tumpuannya terhadap kertas peperiksaan agak terjejas memikirkan keadaan ibunya yang pada masa itu baru disahkan positif Covid-19.



Beberapa hari kemudian, bapa serta enam adik beradiknya yang lain turut disahkan positif.



Malah, beliau sendiri dijangkiti virus tersebut dan terpaksa tidak menghadirkan diri bagi salah satu kertas peperiksaannya.



Mujur beliau yang tidak mengalami sebarang simptom, disahkan negatif sekitar 72 jam selepas itu dan boleh terus menduduki peperiksaannya.



Menurut Cik Aminah, 17 tahun, tempoh beberapa minggu pada awal November lalu merupakan antara tempoh paling mencabar yang pernah dilaluinya.



Beliau yang sudah terbiasa dengan kemeriahan adik beradik yang ramai serta kehadiran ibunya semasa mengulangkaji pelajaran agak tertekan apabila perlu mengasingkan diri dalam bilik sendiri.



"Motivasi saya pada masa itu hilang seketika. Memang ada masa saya teresak-esak nangis semasa membuat kertas peperiksaan apabila memikirkan keadaan keluarga," ujarnya.



Berkat kegigihan serta bantuan dan sokongan dari guru serta teman-teman di sekelilingnya, Cik Aminah terdorong untuk mencapai matlamatnya membanggakan keluarga dan guru-gurunya.



Cik Aminah merupakan pelajar terbaik kohortnya di madrasah itu selepas meraih lima A dan tiga B, meskipun tidak dapat menduduki salah satu kertas peperiksaannya.



Bersyukur atas pencapaian anaknya itu, peniaga Encik Adlee Nazree Suparman, 48 tahun, berkata keputusan yang dicapai Cik Aminah membuat kededua adik perempuannya yang kini menuntut di madrasah itu, teruja untuk mencontohi kakak mereka.



"Memang beliau seorang yang berdikari dan 'self-motivated', dia harungi tempoh peperiksaan itu dengan penuh sabar, dedikasi dan yakin walaupun memang mencabar," katanya.



Cik Aminah merancang untuk meneruskan pengajiannya di peringkat pra-universiti madrasah itu kerana ingin mendalami pengajian Islam serta bahasa Arab.



Katanya, beliau berasa lega tempoh mencabar itu sudah berlalu dan kini boleh merehatkan minda dan meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga.



Seorang lagi pelajar madrasah itu, Cik Maryam Syamilah Mahmood Shah, turut berkongsi rasa leganya selepas menerima keputusan yang lebih baik daripada yang disangkakan.



"Sepanjang tahun lalu, saya rasa bimbang sama ada saya kurang bersedia untuk menghadapi peperiksaan, dan selalu terfikir tentang apa yang perlu saya ulangkaji esok atau minggu depan.



"Ini memberi tekanan terhadap mental saya dan kadang kala saya berasa begitu penat. Namun, saya terus mengingatkan diri sendiri bahawa ini semua akan berlalu dan semuanya akan berakhir dan saya boleh menikmati masa saya," katanya.



Cik Maryam meraih lima A, dua B dan dua C dalam peperiksaannya.



Menurut ibunya, Cik Maryati M Dahim, beliau cuba untuk memberi sokongan moral dan menemani anak bongsunya itu mengulangkaji pelajaran di waktu malam meskipun perlu bekerja di waktu pagi.



"Satu harapan saya adalah supaya beliau sentiasa seronok menimba ilmu, dan terus belajar tak kira di mana jua," katanya, yang bekerja sebagai seorang kaunselor di sekolah.



Cik Maryam berkata meskipun kini merancang untuk merehatkan minda, beliau tetap teruja untuk memulakan kursus Teknologi Maklumat (IT) di Politeknik Nanyang (NYP) dua bulan lagi.



Menurutnya, minat terhadap IT tercetus sejak beliau mencuba koding tiga tahun lalu sebagai kegiatan kokurikulum (CCA) madrasahnya.



Beliau telah pun diterima untuk menjalani kursus itu menerusi program Latihan Kemasukan Awal (EAE) dan bakal memulakan semester sekolahnya Mac nanti.




Motivasi saya pada masa itu hilang seketika.



Memang ada masa saya teresak-esak nangis semasa membuat kertas peperiksaan apabila memikirkan keadaan keluarga.
- Cik Aminah Fairouz Adlee Nazree.



...Saya rasa bimbang sama ada saya kurang bersedia untuk menghadapi peperiksaan, dan selalu terfikir tentang apa yang perlu saya ulangkaji esok atau minggu depan.



...Namun, saya terus mengingatkan diri sendiri bahawa ini semua akan berlalu dan semuanya akan berakhir dan saya boleh menikmati masa saya.
- Cik Maryam Syamilah Mahmood Shah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >