Premium
Sokongan psiko-emosi kurangkan derita pesakit barah
Persatuan Ain mula ditubuhkan pada 2000 sebagai badan sukarelawan untuk membantu masyarakat memerlukan di Woodlands dengan menawarkan program meluas. Ia kini lebih fokus, memberi sokongan psiko-emosi dan kewangan kepada pesakit barah. BERITA HARIAN menyusuri asal usul pertubuhan itu dan arah tuju serta cabarannya di masa depan.
Oct 18, 2022 | 5:30 AM
APABILA dimaklumkan menghidap barah, ramai pesakit lazimnya mati akal, ada pula yang tidak dapat menerima hakikat dan tidak kurang pula yang menganggap mereka sudah 'mati', kata Ketua Eksekutif Persatuan Ain Encik Md Yusof Ismail.
"Ada yang datang ke pejabat kami tapi sekadar duduk di satu sudut lalu terus membisu. Ada pula yang meluahkan rasa marah," kata beliau.

