Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

S’pura melangkah ke arah Masyarakat Besar

Melakar Hala Tuju S’pura bertujuan menggerak usaha seluruh negara bagi menyelesaikan cabaran kompleks pada masa depan
Nov 05, 2023 | 05:30 AM



Penggemblengan usaha melibatkan orang awam selama 16 bulan, yang diterajui oleh pemimpin politik generasi keempat (4G) pemerintah Parti Tindakan Rakyat (PAP), dijangka boleh menghasilkan transformasi pembaharuan.

Para pemimpin 4G merancang melakukan itu: menerajui Singapura ke dekad keenam dengan jayanya sebagai sebuah negara dengan membahagikan tanggungjawab, sumber, dan yang paling penting, kuasa untuk mencari penyelesaian dan melaksanakannya, kepada masyarakat. Mereka meletakkan pengertian “kita” dengan sepenuh hati dalam usaha tersebut. Mereka bersedia melaksanakan apa yang dimaksudkan.

Peta haluan Melakar Hala Tuju Singapura mengakui bahawa untuk menangani kerumitan bagi menjana tenaga ekonomi yang maju, mengurus masyarakat yang semakin tua dan menjinakkan stratifikasi sosial pada masa yang sama, memerlukan perkongsian dan penglibatan yang sebenar.

Terdapat dua elemen yang akan membezakan model baharu tadbir urus inklusif dan perhubungan ini.

Pertama ialah kebangkitan peranan utama untuk penyepadu, penyambung dan fasilitator perkongsian.

Yang kedua ialah penyebaran rasa kewarganegaraan yang dikongsi dan berdaya tahan di kalangan kumpulan rakyat yang lebih luas yang perlu yakin menjadi sebahagian daripada Masyarakat Besar yang secara berkesan sepadan dengan Pemerintah Besar, yang mereka rasa lebih selesa menerajuinya. Ini, untuk mencapai kebahagiaan dan kemajuan untuk semua, oleh semua, sambil kita melihat ke hadapan.

Sediakan asas kukuh bagi pekerjaan masa depan

Bagaimanakah semuanya akan berfungsi dan apakah peranan yang perlu dimainkan oleh masyarakat?

Respons Melakar Hala Tuju Singapura terhadap masa depan pekerjaan yang tidak menentu memberikan jawapan.

Pertama, laporan itu melihat kebimbangan mengenai pekerjaan dan prospek pendapatan secara holistik, bermula dengan keghairahan mengenai peperiksaan, di samping tekanan untuk dapat masuk di sekolah yang baik, dan landasan kerjaya yang betul, dengan memahami tentang pekerjaan yang diminati.

Laporan itu menggariskan perkara yang akan dilakukan oleh pemerintah secara berbeza: Menggantikan penyaluran dalam sistem pendidikan sepenuhnya, dengan penilaian berasaskan mata pelajaran sepenuhnya, bagi memenuhi minat yang pelbagai, kebolehan, dan kemampuan pembelajaran para pelajar.

Ini adalah langkah yang telah dijalankan, tetapi menyediakan cetusan mengikut konteks, memandangkan keinginan ibu bapa yang semakin meningkat untuk lebih memberi tumpuan kepada perkembangan kanak-kanak daripada markah dalam ujian.

Bagaimanapun, ia memerlukan anjakan selanjutnya dalam minda ibu bapa di kalangan kita semua; untuk terbuka kepada mana-mana laluan pendidikan, yang mungkin dipilih oleh anak-anak kita berdasarkan minat, kebolehan dan aspirasi.

Ia merangkumi peralihan yang sukar daripada pengkategorian prestasi mudah dan landasan pendidikan masa lalu yang tegar walaupun jelas, kepada penglibatan ibu bapa dan membuat pilihan adaptif.

Namun pilihan mempunyai akibat.

Secara praktikalnya, minat belajar tidak mencukupi dalam memastikan pekerjaan. Anak kita perlu dilengkapi dengan kemahiran yang berkaitan dengan industri dalam bidang yang mereka minati, untuk melakukan pekerjaan pada masa hadapan, atau mewujudkan perniagaan masa depan.

Bagaimana kita boleh memastikan transformasi ini berjaya, apabila kanak-kanak hari ini menjadi dewasa pada usia yang lebih muda?

Melakar Hala Tuju Singapura menyatakan, rangkaian di kalangan pemimpin perniagaan, pendidik, ibu bapa dan pelajar, mesti diwujudkan untuk berkongsi pandangan dunia sebenar, terhadap bakat yang diperlukan.

Ia memetik contoh positif Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (Snef) yang tampil memainkan peranan penting ini.

Semakin spesifik kumpulan perniagaan dalam hubungan pendidikan industri ini, semakin banyak pemikiran “langit biru” boleh dimiliki dalam mengunjurkan kurikulum dan pengalaman kerja yang berguna.

Lebih banyak daripada sekadar pemerintah, boleh membantu dalam hubungan ini.

Hapus jurang pendapatan

Dalam beberapa tahun pertama pendidikan formal, tidak boleh menentukan kedudukan seseorang dalam kehidupan. Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, semakin timbul kebimbangan mengenai jurang pendapatan antara lulusan universiti dan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) serta mereka yang mempunyai pendidikan sekolah menengah.

Melakar Hala Tuju Singapura menyarankan supaya menggalakkan lulusan ITE memperoleh diploma dengan menawarkan tambahan sumbangan ke akaun Tabung Simpanan Pekerja (CPF) mereka apabila mereka berbuat demikian, adalah suatu bentuk sokongan yang amat dialu-alukan.

Sekali lagi, ini tidak boleh terhenti pada pemerintah sahaja. Syarikat juga harus bersedia menawarkan lulusan ITE yang berhasil mendapatkan pekerjaan dalam sektor yang mereka minati, dengan gaji yang memadai dan secara beransur setanding dengan yang ditawarkan oleh sektor lain, serta peluang untuk meningkatkan diri mereka di kemudian hari dalam kerjaya mereka.


Pekerjaan mampan, konsep yang dicipta oleh Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF) dalam 2019, wajar diaktifkan dengan sungguh-sungguh.


Dorongan bekerja semula

Sokongan radikal juga akan diberikan untuk membantu pekerja, sedang penstrukturan semula ekonomi berterusan, memandangkan pergolakan dalam dunia perniagaan.

Laporan itu menjanjikan menyediakan bantuan kewangan kepada penganggur giat mencari kerja.

Namun, bantuan ini tidak boleh hanya berbentuk kewangan: sistem menentukan pekerjaan yang betul, memadankan pekerja dengan pekerjaan dan kerjaya, akan dapat memastikan ia sokongan yang bermakna.

Rujukan dalam laporan itu yang menyebut tentang pembangunan perkhidmatan bimbingan kerjaya yang lebih baik, gabungan kemahiran pekerjaan, dan peralatan digital untuk mewujudkan jaminan peribadi, membuktikan bahawa penghargaan sebenar terhadap ekosistem, sedang diamalkan.

Terdapat bentuk baru mekanisme ini hari ini, tetapi mereka harus jauh lebih tajam dari segi pengetahuan dan kecerdasan untuk membantu pekerja mendapat tempat dalam pekerjaan baru, yang membayar serta menggantikan yang hilang.

Juga bagi mengelakkan daripada terus membiarkan bakat tenaga kerja yang amat berharga itu tidak mendapat pekerjaan, dan Singapura tidak mampu membiarkan keadaan ini berlaku.

Melakar Hala Tuju Singapura menekankan kerja yang perlu dalam proses ini, dalam menyerlahkan komen oleh rangkaian profesional, Persekutuan Pengurusan Sumber Manusia Asia, tentang kepentingan dialog yang lebih besar merentasi semua bahagian sistem pekerjaan.

Hakikatnya adalah, sejauh mana integrasi pekerja ini dapat dilaksanakan, merentasi perniagaan, pendidik, pemimpin kesatuan sekerja dan pengurus sumber manusia.

Banyak lagi yang akan ditanya kepada majikan, dalam kompak sosial yang berubah-ubah ini. Pertubuhan perniagaan terkemuka semakin meningkat.

Sebagai tambahan kepada Snef dan SBF yang disebutkan di atas, Pusat Sukarelawan dan Filantropi Kebangsaan menyatakan bahawa ia sudah mempunyai 55 syarikat menggunakan “rangka kerja korporat”.

Sebuah firma dipaparkan dalam reka bentuk laporan program latihan kemahirannya untuk membantu pekerja matang kekal relevan dalam sektor ini.


Sektor korporat di Singapura bersedia untuk lebih terlibat dalam pembangunan sosial, kerana tahu ia adalah sebahagian daripada kumpulan yang diwujudkan oleh masyarakat yang sihat, tempat ia mendapatkan pekerja dan pelanggannya.

Inovasi dan perusahaan boleh menyumbang lebih luas lagi demi kepentingan awam, sebagai tambahan kepada keuntungan peribadi usahawan dan kakitangan serta pemegang saham mereka.

Laporan ini dibuat secara adil – majikan mesti menyesuaikan tempat kerja mereka dengan keadaan yang baharu ini, yang dialami oleh masyarakat Singapura. Tetapi pekerja mesti melaksanakan tanggungjawab demi memelihara amanah di tempat kerja.

Atasi konflik kehidupan-kerja

Adalah menjadi matlamat Melakar Hala Tuju Singapura membantu rakyat Singapura merealisasikan potensi mereka – bukan sahaja di pejabat, malah sebagai individu dan keluarga yang pelbagai, berbakat, sedar sosial – ia mengakui bahawa mengimbangi tuntutan kerja dan rumah adalah mencabar.

Memandangkan Singapura adalah masyarakat yang semakin tua dan masyarakat yang juga ingin menjadi mesra keluarga, pekerjaan bergaji baik pada setiap peringkat kehidupan dewasa seharusnya menawarkan fleksibiliti yang lebih besar di tempat kerja.

Ini akan membolehkan sesetengah orang menjaga warga emas mereka, dan yang lain, menjaga anak mereka yang masih kecil semasa mereka masih bekerja.

Satu hasil positif daripada wabak baru-baru ini ialah sistem sedemikian adalah berdaya maju, tetapi bolehkah ia diterima pakai sebagai norma? Ini umpama kacang yang sukar dipecahkan dan telah dibincangkan berkali-kali.

Satu kompak kerja baru mesti diwujudkan antara majikan, kesatuan sekerja dan pemerintah pula menyediakan sokongan yang diperlukan.

Justeru, satu rancangan dibuat untuk memperkenalkan Garis Panduan Tiga Pihak bagi Pengaturan Fleksibel Di Tempat Kerja pada 2024, dan keperluan meningkatkan keupayaan pengurusan sumber manusia bagi menyediakan peralihan yang meyakinkan kepada paradigma korporat ini.

Kehidupan selepas bekerja

Kita tahu kerja bukan suatu kehidupan. Kehidupan selepas bekerja mesti terus diisi dengan jaminan dan keyakinan yang sama untuk masa depan – itulah sebenarnya tujuan bekerja.

Demografi akan membawa perubahan besar kepada landskap sosial kita. Melakar Hala Tuju Singapura menumpukan sepenuh perhatian terhadap usia tua.

Selain menggalakkan amalan menjaga kesihatan melalui SG Lebih Sihat dan memperkenalkan langkah untuk meningkatkan pendapatan persaraan, satu sistem baru yang dinamakan Sihat Menua SG akan diperkenalkan untuk mengukuhkan penjagaan warga emas dan meningkatkan interaksi sosial antara warga emas.

Rangkaian Pusat Penuaan Aktif akan dipertingkatkan, supaya lapan daripada 10 warga emas dapat menggunakannya dengan mudah.

Sukarelawan masyarakat dan Duta warga tua akan menganjurkan rancangan makanan dan senaman masyarakat, untuk meluaskan penyertaan sosial di kalangan warga emas dan memupuk gaya hidup yang aktif.

Rakyat biasa, malah warga emas sendiri, boleh menjadi wira setiap hari dengan melibatkan diri dalam kegiatan tersebut.

Dengan berbuat demikian, mereka dapat mewujudkan ketenangan fikiran bagi anggota keluarga yang bekerja dan dapat terus kekal bekerja bagi menyara hidup keluarga.

Masyarakat S’pura yang lebih besar

Secara keseluruhan, apa yang kita lihat di sini? Anjakan paling penting yang menyokong Hala Tuju Singapura ialah bahawa Masyarakat – iaitu individu, komuniti, korporat, persatuan perniagaan, kesatuan sekerja dan pertubuhan sivik – dialu-alukan sebagai rakan kongsi yang sama dengan pemerintah yang membawa transformasi yang dibayangkan.

Latihan penglibatan awam kebangsaan sebelum ini menghasilkan kenyataan komitmen oleh pemerintah untuk mengubah dasar dan memperkenalkan program sebagai respon kepada maklum balas daripada orang ramai.

Ada kalanya terdapat juga kenyataan tentang perkara yang boleh atau tidak boleh diubah oleh pemerintah, termasuk laporan minoriti tentang idea alternatif yang tidak boleh diambil oleh Jawatankuasa Melakar Semula Singapura yang muktamad pada 2003.

Bagaimanapun, Melakar Hala Tuju Singapura menyediakan rangka panduan yang boleh dilakukan bersama untuk masyarakat dan negara.

Model ciptaan bersama ini tidak berlaku dalam sekelip mata, tetapi telah diperkenalkan secara beransur-ansur sejak gerakan Singapura Bersama dilancarkan pada 2019.

Mekanisme seterusnya yang muncul termasuk  Panel Rakyat dan Perikatan untuk Bertindak, yang menyediakan saluran pelbagai pihak berkepentingan untuk menangani isu atau pembaharuan sektor khusus secara praktikal.

Bagi mengukuhkan pendekatan ini, Melakar Hala Tuju Singapura akan menubuhkan Pejabat Rakan Pemerintah Singapura, yang akan memudahkan interaksi antara warganegara yang menyumbang dan agensi pemerintah yang berkaitan.

Melaluinya, amalan inklusif dan perhubungan tadbir urus Singapura boleh dijejaki, dianalisis dan dipertingkatkan dari masa ke masa. Interaksi seperti ini akan memastikan bahawa penyertaan rakyat biasa amat dialu-alukan.

Mesej usaha kolektif ditemui bukan sahaja dalam kenyataannya tentang pembaharuan dasar dan nilai asas mereka, tetapi juga dengan menonjolkan inisiatif pelbagai pihak yang berterusan sebagai contoh tentang apa lagi yang diperlukan untuk mewujudkan masyarakat yang adil dan inklusif dan landskap korporat yang dinamik.


Memandangkan Singapura sebuah negara kecil, kita mempunyai setiap prospek untuk memastikan hubungan bernilai tinggi yang lebih rapat dan spesifik berfungsi dan membayar dividen besar dari segi perpaduan dan perkongsian kemakmuran – untuk mendekatkan pemerintah dengan rakyat, dan rakyat lebih dekat dengan pemerintah.

Ini bukan agenda jangka pendek dan tidak juga menggalakkan penguasaan politik sesebuah parti politik itu sendiri.

Untuk mencapainya di peringkat kebangsaan, kita perlu menentang trend berasa iri, etnik-kepribadian suku (etno-tribalisme), populisme, dan sindiran politik yang kita lihat di seluruh dunia hari ini.

Dan kita sentiasa telah lakukan demikian.

Dr Gillian Koh ialah Zamil Penyelidik Kanan, di Institut Kajian Dasar, Universiti Nasional Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >