Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Sudah mual dengan Twitter? Ada 4 pilihan lain

Nov 20, 2022 | 05:30 AM



BILANGAN pengguna Twitter yang mengancam mengundurkan diri daripada platform itu dan mencari alternatif lain telah meningkat sejak pemilik baru Elon Musk mengambil alih syarikat itu.



Keputusan eksekutif jutawan itu telah mencetuskan kontroversi di seluruh dunia seperti pelan beliau untuk mengurangkan bilangan tenaga kerja kepada 7,000 termasuk beberapa jumlah yang tidak diketahui daripada pejabat Singapura, untuk mengurangkan kos.



Perubahan kepada dasar Twitter yang menerima tanda "sah" berwarna biru juga telah mencetuskan kontroversi kerana agak sukar untuk membezakan antara akaun asli dengan mereka yang membayar AS$7.99 ($11) sebulan untuk mendapatkan tanda biru itu.



Terdapat juga perbincangan untuk meletakkan keseluruhan laman itu di balik laluan tembok berbayar atau 'paywall', lapor agensi berita Platformer.



Ucapan berbaur kebencian mula menular selepas pengambil alihan AS$44 bilion, menurut satu kajian yang mendapati bahawa tulisan bersifat homofobik, perkauman dan anti-semitik ditweet hampir lima kali lebih kerap daripada sebelumnya.



Di tengah-tengah kekacauan yang berlaku di Twitter, ada terdapat pengikut Twitter mula menggunakan platform media sosial alternatif lain.



Pencarian bagi laman media sosial Mastodon telah melonjak sejak beberapa minggu lalu, menurut Google Trends.



Pertanyaan tentang bagaimana menghapuskan akaun Twitter juga telah meningkat dalam beberapa minggu.



Walaupun aplikasi alternatif ini boleh dipadankan dengan bilangan pengguna Twitter yang seramai 400 juta, atau mempunyai ciri yang sama, ada yang meniru pendekatannya yang memaparkan kandungan pendek selain memberikan ruang kepada mereka yang sedang mencari platform baru.



1. MASTODON



Dinamakan selepas haiwan mamalia yang telah pupus, Mastodon merupakan antara yang di hadapan dalam kalangan mereka yang sedang mencari alternatif kepada Twitter.



Aplikasi itu baru-baru ini telah mengumumkan bahawa ia telah mencapai satu juta pengguna aktif setiap bulan, selepas lebih daripada setengah juta menyertainya menyusuli perjanjian Twitter.



Laman berusia enam tahun itu mempunyai ruang profil, hashtag dan kandungan pendek yang dikenali sebagai "Toots" bagi membantu mereka yang meninggalkan Twitter menyesuaikan diri dengan keadaan baru.



2. TRIBEL



Bagi mereka yang sedang mencari alternatif rapat dengan Twitter, Tribel menawarkan pengalaman serupa dengan tumpuan pada teks dan kandungan imej pendek tetapi memasarkan dirinya sebagai "rangkaian sosial yang lebih bijak dan baik hati".



Pengguna laman itu telah berganda kepada 500,000 sejak September hanya selepas ia baru tamat ujian beta tiga bulan lalu.



Pengguna boleh menghantar pos kepada pengguna khusus yang disasarkan yang boleh menyenaraikan pos dalam bentuk ranking agar dapat memberikan rangsangan kepada setiap kategori.



Penyumbang yang telah membina reputasi sendiri dengan membuat pos yang baik akan menerima bilangan "likes" yang banyak dalam sesebuah kategori dan akan diberikan bintang di gambar profil sebagai mencerminkan kredibiliti mereka.



3. BLUESKY



Dengan senarai menunggu yang telah berkembang kepada 30,000, platform media sosial Bluesky yang dihasilkan pengasas bersama Twitter Jack Dorsey, adalah sesuatu yang dinanti-nantikan oleh mereka yang meninggalkan Twitter.



Platform tersebut merupakan sumber terbuka dan menjanjikan untuk memberi pengguna akses kepada data dan algoritma.



Aplikasi tersebut masih lagi di tahap beta.



4. TUMBLR



Kembali ke masa silam, Tumblr tiba-tiba menarik minat yang baru sejak kekecohan yang berlaku di Twitter, dengan selebriti seperti Ryan Reynold memuat naik pos mereka kembali kepada platform 15 tahun itu.



Bagi mereka yang kembali ke Tumblr, aplikasi itu kekal tidak berubah yang menyokong kandungan seperti teks panjang, gambar, video dan kapsyen seperti Twitter.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >