TOKYO: Perdana Menteri baru Jepun, Encik Yoshihide Suga, yang tidak begitu dikenali sebelum ini, namun berjaya terpilih menggantikan Shinzo Abe berdepan dengan satu siri cabaran besar dalam mengendalikan negara ekonomi ketiga terbesar dunia itu.

Encik Suga ialah anak petani strawberi manakala ibunya seorang guru perlu menangani masalah ekonomi, pandemik koronavirus (Covid-19), Sukan Olimpik yang terpaksa ditunda dan isu kemerosotan bilangan penduduk di negara Matahari Terbit itu.