Subuh
5:32
Syuruk
6:55
Zuhur
12:58
Asar
4:21
Maghrib
6:58
Isyak
8:12
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SOROTAN ISU

Suhu kawasan bandar S'pura lebih tinggi ekoran kesan haba: Kajian

Nov 09, 2022 | 05:30 AM



PERNAHKAH anda terfikir mengapa beberapa tempat di Singapura berasa lebih panas daripada yang lain pada waktu malam?



Kajian baru-baru ini yang diketuai oleh penyelidik dari Universiti Nasional Singapura (NUS) mendapati bahawa kawasan dengan kelompok bangunan yang padat di kawasan bandar adalah lebih panas daripada estet perumahan yang kurang padat seperti di Seletar dan Holland Village.



Kawasan yang mempunyai bangunan tinggi yang padat adalah yang paling panas pada waktu malam tanpa angin, dengan suhu purata 4.3 darjah celsius lebih tinggi daripada tempat yang belum dibangunkan seperti di Lim Chu Kang.



Manakala kawasan perumahan bertingkat rendah yang tidak padat dan mempunyai beberpa tumbuh-tumbuhan adalah yang paling sejuk, dengan suhu 2.5 darjah celsius lebih panas daripada di kawasan yang dimaksudkan di atas.



Ini disebabkan oleh pelbagai intensiti kesan pulau haba bandar, fenomena di mana kawasan yang dibina padat mengalami suhu udara yang lebih tinggi daripada kawasan luar bandar yang belum dibangunkan.



Haba tambahan menjadi lebih ketara pada waktu malam, apabila tenaga daripada sinaran suria yang terperangkap dalam struktur bangunan di kawasan bandar siang hari dilepaskan sebagai haba.



Haba bandar akan meningkat dalam cuaca yang cerah, tenang dan kering. Ini menyebabkan penyejukan di luar bandar lebih ketara. Manakala kawasan bandar sejuk pada kadar yang lebih perlahan.



Penemuan ini telah diterbitkan dalam Jurnal Antarabangsa Klimatologi (International Journal of Climatology) pada Rabu lalu. Data-data ini telah yang dikumpulkan antara 2008 dan 2014 daripada 20 stesen suhu udara di seluruh Singapura.



Kajian selama enam tahun mengenai haba di kawasan bandar dan luar bandar di Singapura adalah antara yang paling komprehensif di antara bandar tropika setakat ini, kata pengarang pertamanya, Profesor Matthias Roth dari Jabatan Geografi NUS.



Beliau menambah kajian paling lama yang dilakukakan seterusnya untuk Singapura telah dijalankan selama 13 bulan.



Kawasan bandar di seluruh Singapura telah mengakibatkan pemanasan tambahan berkemungkinan sehingga 1.5 darjah celsius dan ini meletakkan tahap pemanasan di sini pada magnitud yang sama dengan pemanasan bumi.



"Penemuan ini mengesahkan bahawa peningkatan suhu di Singapura bukan hanya disebabkan oleh pemanasan bumi, tetapi mungkin sehingga separuh daripadanya disebabkan oleh proses pembandaran," kata Profesor Roth, yang telah mengkaji iklim bandar dan kesan haba pulau di Singapura selama lebih 20 tahun.



Ini bermakna populasi bandar tropika, yang sudah mengalami suhu dan kelembapan tinggi, akan lebih terdedah kepada kejadian haba melampau akibat daripada haba bandar dan pemanasan bumi, kata kajian.



Laporan baru-baru ini juga mendapati bahawa pendedahan kepada haba di Singapura pada waktu siang adalah paling teruk dari bulan April hingga Jun di kawasan bangunan bertingkat rendah, peratusan tinggi permukaan yang kalis air dan kekurangan tumbuh-tumbuhan.



Ini kerana faktor-faktor sebegini tidak memberikan teduhan dan mengurangkan penyerapan haba.



Ini termasuk estet kediaman di Serangoon Gardens dan kawasan perindustrian di Woodlands, di mana suhu boleh melonjak sehingga 36 darjah celsius.



Sebaliknya, sesetengah kawasan juga akan mengalami kesan pulau yang sejuk sekitar waktu tengah hari.



Professor Roth berkata: "Jika kita bandingkan suhu pada 1 tengah hari antara Pusat Kawasan Bandar dan Lim Chu Kang, ia sebenarnya lebih panas di Lim Chu Kang sehingga 1 darjah celsius kerana tempat-tempat di kawasan bandar yang di aras jalan mengalami teduhan daripada bangunan tinggi.



"Tetapi bangunan tinggi ini masih akan menyerap tenaga pada waktu siang, jadi ia akan menjadi agak panas pada waktu malam kerana kawasan yang mempunyai banyak bangunan-bangunan mengeluarkan haba.



Sebaliknya, di Lim Chu Kang, ia akan menjadi lebih sejuk pada waktu malam, kerana tumbuh-tumbuhan dengan semula jadi akan menyerap lebih sedikit haba pada siang hari, dan apa yang diserap pada siang hari boleh dengan mudah dikeluarkan ke udara."



Demi menangani pemanasan yang disebabkan oleh proses pembandaran, pihak berkuasa dan ahli akademik telah mengambil langkah untuk mengkaji dan membantu pulau ini untuk mengurangkan haba.



Inisiatif Lembaga Taman Negara untuk menanam satu juta lagi pokok di seluruh pulau ini menjelang 2030 akan membantu mengurangkan beberapa kesan pemanasan yang tidak diingini disebabkan oleh peningkatan urbanisasi.




"Penemuan ini mengesahkan bahawa peningkatan suhu di Singapura bukan hanya disebabkan oleh pemanasan bumi, tetapi mungkin sehingga separuh daripadanya disebabkan oleh proses pembandaran."



- Profesor Mathias Roth, dari Jabatan Geografi di NUS yang telah mengkaji iklim bandar dan kesan haba pulau di Singapura selama lebih 20 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >