Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Trend penstriman rancangan: Mana paling popular?

Sumber hiburan, informasi tanpa batas

May 24, 2023 | 02:18 PM




MENONTON rancangan khas Hari Raya, Sinar Lebaran di malam 1 Syawal selama dua jam, merupakan yang pertama buat penulis menerusi siaran televisyen tradisional sejak sekian lama... sekurang-sekuranngnya sejak sebelum Ramadan.

Ini kerana sepanjang Ramadan, penulis hampir tidak menonton sebarang rancangan televisyen tradisional, bahkan hampir setiap hari, peti TV langsung tidak dihidupkan.

Bukan saja kerana didorong suasana berpuasa, mungkin juga kerana kesibukan mengejar aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan bulan suci itu termasuk iftar, tarawih dan sebagainya.

Namun ini tidak bermakna tiada langsung hiburan atau rancangan informasi di media yang menjadi santapan. Ada, tetapi wadahnya berbeza.

Syarahan agama, bicara politik daripada vlogger popular dan sedutan rancancang hiburan kegemaran ditontoni secara kerap dengan menggunakan peranti mudah alih seperit iPad dan telefon bimbit. Kalau buka peti TV pun, wadah yang dituju terus ke YouTube atau aplikasi-aplikasi penstriman yang ada.

Apa yang penulis lalui bukan sesuatu yang aneh, bahkan teman-teman dan kenalan, kebanyakan mereka berkongsi melalui hal serupa dalam bab mencari sumber hiburan dan informasi.

Mereka masih ikuti perkembangan semasa tetapi menerusi pelbagai pilihan alternatif lain.

Satu hasil kajian mendapati bahawa 55 peratus penonton di sini menonton rancangan kegemaran mereka menerusi kotak penstriman (OTT) seperti Netflix, iQiyi dan Apple TV pada 2022, lebih 52 peratus daripada tahun sebelumya.

Terdapat kekurangan tontonan bagi televisyen dengan 36 respondan berkata mereka masih setia dengan siaran TV tradisional – jumlah yang kurang daripada 43 peratus yang dicatatkan pada 2020.

Laporan itu dikeluarkan oleh syarikat teknologi pengiklanan, The Trade Desk yang mewawancara 400 orang berusia 16 tahun ke atas.

Perkhidmatan OTT menstrim kandungan-kandungan televisyen menerusi saluran berbayar di Internet menggunakan pelbagai peranti. Ini termasuk Amazon Prime, Disney+, meWatch dari Mediacorp, Singtel Cast, StarHub Go Max dan Viu.

Tetapi perkhidmatan OTT tidak termasuk penstriman video yang dimuatnaik pengguna media sosial seperti YouTube dan Facebook.

TV tradisional merujuk kepada kandungan TV yang disiarkan berdasarkan jadual tetap di kaca saluran televisyen termasuk saluran tidak berbayar (FTA) sepert Mediacorp.

Laporan itu itu juga mendedahkan bahawa jumlah masa tontonan setiap bulan menerusi OTT meningkat 27 peratus pada 2021 berbanding tahun sebelumnya.

Secara purata, penonton OTT menghabiskan masa 2.3 jam sehari menonton pelbagai jenis program sementara yang menatap skrin lebih lama menghabiskan kira-kira enam jam sehari. Ini berbanding dengan penonton televisyen tradisional yang menghabiskan 1.6 jam sehari menonton TV biasa.

Peralihan trend daripada TV tradisional ke penstriman dalam talian menggunakan perkhidmatan OTT berpunca daripada perubahan gaya hidup terkini dan kemudahan Internet, menurut The Trade Desk.

Selain dari itu, pandemik Covid-19 yang baru berlalu juga menjadi penyumbang yang lebih mempercepatkan populariti OTT kerana penduduk yang terbatas di rumah semasa “lockdown” bergantung kepada wadah-wadah penstriman kerana tidak mampu lagi menunggu siaran TV yang menggunakan siaran berjadual.

Laporan itu juga menyebut, Generasi Z, yang berusia 16 tahun hingga 24 tahun, lebih suka menonton rancangan di luar rumah mereka, menerusi pelbagai peranti mudah alih.

Satu lagi sebab yang mungkin menjadi penyumbang kepada peralihan kepada OTT ialah rancangan berkualiti tinggi dari negara yang berbeza kini tersedia atas permintaan.

Rancangan yang lebih terkini selalunya tidak selalu tersedia di TV tradisional mengikut keselesaan penonton.

Rancangan Korea Selatan, khususnya, telah melonjak populariti, dengan 44 peratus penonton OTT di Singapura menonton kandungan Korea Selatan pada 2021 berbanding 35 peratus pada 2020.

Namun biarpun pilihan wadah semakin bertambah dengan pengisian yang begitu besar kepelbagaiannya, mutu tetap menjadi keutamaan dan ini dapat dilihat menerusi carta populariti sesebuah rancangan.

Contohnya di Neflix, berdasarkan carta bulanan Top 10, jelas menunjukkan pilihan penonton tetap berdasarkan mutu, pemainnya dan kesan hiburannya.

Senarai rancangan terbaik kami untuk ditonton sekarang di Netflix termasuk musim baru drama fantasi apokaliptik Sweet Tooth, yang menyaksikan sekumpulan kanak-kanak haiwan-manusia hibrid dikumpulkan kerana bimbang bahawa mereka adalah punca virus yang membawa maut dan menghapuskan sebahagian besar penduduk dunia.

Satu lagi rancangan popular terkni ialah Night Agent, aksi-thriller politik berdasarkan buku Matthew Quirk, mengenai ejen FBI peringkat rendah yang mengendalikan talian telefon rahsia di ruang bawah tanah Rumah Putih.

Masa berubah, wadah bertambah. Yang pasti, apa pun bentuk sajiannya, orang pasti mencari yang berkualiti dan berisi – itu fitrah selagi manusia tahu membezakan yang betul, salah dan antara yang pengisian yang berguna dengan hal yang sia-sia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >