Rencana
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Premium

Susuri terusan ke Teater Pesisiran bak santai di Eropah

Dec 19, 2021 | 5:30 AM
SUDUT MENARIK: Sudut bergambar yang menaik di Boat Quay sebelum menuju ke Fullerton Square. - Foto BM oleh HANIM MOHD SALEH
SUDUT MENARIK: Sudut bergambar yang menaik di Boat Quay sebelum menuju ke Fullerton Square. - Foto BM oleh HANIM MOHD SALEH -

Usaha pemerintah untuk memulihara alam semula jadi membangunkan semula kawasan-kawasan yang kaya dengan flora dan fauna secara tidak langsung telah menarik masyarakat untuk lebih menghargai alam sekitar. Lebih-lebih lagi dengan keadaan pandemik yang sejak hampir dua tahun menghambat pergerakan warga daripada bercuti ke luar Singapura, kian ramai yang kini memberi tumpuan meneroka pelbagai pelosok taman-taman kehijauan seluruh pulau. Kumpulan-kumpulan pendaki atau "hikers", sama ada kumpulan sosial, sahabat atau anggota keluarga, saban minggu, dengan berpakaian sukan atau kembara, dilihat meredah kawasan belantara Singapura dan meneroka tempat-tempat peninggalan sejarah yang tersembunyi di celah-celah timbunan pokok dan bukit bukau. Kegiatan ini tidak saja dianggap menyeronokkan kerana ia menjadi riadah yang sihat dan merangsang pergerakan fizikal, bahkan memberi perspektif berbeza kepada kehidupan dan sekitaran Singapura. BERITA MINGGU yang telah menyiarkan siri destinasi alam semulajadi Singapura sejak sebulan lalu, kali ini mengetengahkan keindahan "urban trekking" atau teroka bandar, mengikuti laluan Alexandra Canal hingga ke Esplanade Teater Di Pesisiran.

BIARPUN hanya sebuah pulau kecil, Singapura mempunyai terusan air (canal) yang indah dan boleh anda terokai di laluan yang selancar derasan air mengalir.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg