Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Syarikat Melayu/Islam terus hulur bantuan kepada golongan memerlukan

May 30, 2022 | 05:30 AM



SEMENTARA pandemik Covid-19 menyebabkan pelbagai gangguan kepada ekonomi dan menjejas banyak perusahaan, syarikat milik anak Melayu/Islam di sini terus menyumbang semula kepada masyarakat menerusi pelbagai cara.



Pertubuhan Melayu/Islam yang membantu golongan yang kurang bernasib baik seperti Tabung Amal Aidilfitri (TAA) dan Persatuan Muhammadiyah juga melihat respons positif daripada badan korporat yang terus mendekati mereka semasa pandemik ini.



Ini sejajar dengan hasil dapatan Kajian Pemberian Korporat (CGS) 2021 yang dikeluarkan bulan lalu, yang mendapati bahawa perusahaan di Singapura terus menyumbang semula kepada masyarakat menerusi pelaburan, dengan 67 peratus daripada mereka melakukan demikian semasa pandemik ini.



Ini merupakan kenaikan sebanyak 15 peratusan mata berbanding 52 peratus syarikat yang berbuat demikian menurut tinjauan serupa yang dijalankan Pusat Sukarelawan dan Dermawan Nasional (NVPC) pada 2017.



CGS 2021 juga mendapati bahawa 12 peratus perusahaan di sini telah menambah pemberian korporat mereka semasa pandemik ini manakala 54 peratus daripada mereka mengekalkan tahap sumbangan yang sama seperti sebelum Covid-19.



Bagaimanapun, 34 peratus daripada mereka mengurangkan tahap pemberian korporat mereka.



Menurut beberapa syarikat Melayu/Islam di sini, mereka terus menyumbang semula kepada masyarakat semasa Covid-19 kerana menganggapnya amanah dan tanggungjawab korporat mereka untuk membantu badan khidmat sosial yang memerlukan, lebih-lebih lagi dalam masa yang mencabar ini.



SSA Group misalnya meneruskan usaha pemberian tahunannya sepanjang Covid-19 menular meskipun banyak perusahaan di sini terjejas dek pandemik itu.



"Dengan rahmat Allah swt, kami tidak terjejas begitu teruk dan oleh itu, kami berazam adalah tanggungjawab korporat dan amanah kami untuk membantu badan khidmat sosial kerana kebanyakan mereka mengalami kesukaran mendapatkan derma," ujar Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SSA Group, Encik Suhaimi Salleh.



SSA Group telah mengadakan acara Pemberian Tahunan mereka, yang biasanya berlangsung semasa Ramadan, sejak lebih sedekad lalu.



Tahun ini, mereka telah menyumbang dana untuk menyokong kegiatan 18 badan Melayu/Islam dan enam madrasah sepenuh masa.



Pandemik Covid-19 juga tidak menjejas pemberian korporat Second Chance Properties.



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Second Chance Properties, Encik Salleh Marican, berkata ini kerana derma yang disumbang syarikat itu adalah berdasarkan keuntungan syarikat.



"Syarikat kami menderma 1 peratus daripada keuntungan kami bagi tujuan amal setiap tahun.



"Mujur, keuntungan kami agak baik meskipun pandemik ini," ujarnya.



Selain sumbangan daripada syarikatnya, Encik Salleh berkata beliau juga menyumbang secara peribadi dan merancang menambah jumlah yang didermakan setiap tahun.



Kesan positif sumbangan oleh badan korporat ini turut dirasakan pertubuhan Melayu/Islam setempat yang membantu golongan yang memerlukan.



Eksekutif komunikasi korporat dan sumber Persatuan Muhammadiyah, Encik Zhofry Hamid, berkata mereka melihat lebih banyak badan korporat yang tampil membantu sejak Covid-19 menular.



"Mereka mahu memainkan peranan membantu satu sama lain pada waktu ini, khususnya membantu masyarakat yang lebih mudah terjejas seperti keluarga berpendapatan rendah dan mereka yang kehilangan pekerjaan.



"Muhammadiyah juga telah memupuk kerjasama dengan sekurang-kurangnya lima syarikat kecil dan sederhana (SME) serta jenama antarabangsa setiap tahun sejak Covid-19 menular," ujarnya.



Tambahnya, mereka rasa terdorong bahawa walaupun syarikat ini mungkin terjejas dek pandemik ini, ia tidak menghalang mereka daripada menghulurkan bantuan seberapa boleh.



Bagi TAA, pemberian derma daripada badan korporat yang diterima badan itu pula merosot lebih 50 peratus pada tahun pertama Covid-19 menular pada 2020 berbanding 2019.



Menurut pengurus kanan TAA, Encik Didicazli Ismail, ini kerana antara penderma korporat mereka adalah daripada sektor perniagaan katering dan pakaian, yang terjejas teruk akibat Covid-19.



"Jumlah penderma korporat ini dah mula naik sikit tahun lalu tapi masih tidak sama dengan keadaan sebelum Covid-19.



"Dengan pelonggaran banyak sekatan Covid-19 sekarang, kami berharap keadaan akan bertambah baik dan kembali seperti sebelum ini menjelang tahun depan," ujarnya.




"Jumlah penderma korporat ini dah mula naik sikit tahun lalu tapi masih tidak sama dengan keadaan sebelum Covid-19. Dengan pelonggaran banyak sekatan Covid-19 sekarang, kami berharap keadaan akan bertambah baik dan kembali seperti sebelum ini menjelang tahun depan."
- Pengurus kanan TAA, Encik Didicazli Ismail.



"Mereka mahu memainkan peranan membantu satu sama lain pada waktu ini, khususnya membantu masyarakat yang lebih mudah terjejas seperti keluarga berpendapatan rendah dan mereka yang kehilangan pekerjaan. Muhammadiyah juga telah memupuk kerjasama dengan sekurang-kurangnya lima syarikat kecil dan sederhana (SME) serta jenama antarabangsa setiap tahun sejak Covid-19 menular."
- Eksekutif komunikasi korporat dan sumber Persatuan Muhammadiyah, Encik Zhofry Hamid.



 "Syarikat kami menderma 1 peratus daripada keuntungan kami bagi tujuan amal setiap tahun. Mujur, keuntungan kami agak baik meskipun pandemik ini."
- Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Second Chance Properties, Encik Salleh Marican.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >