Premium
Tabur bakti dek terdorong jasa yang pernah dikecapi
Feb 2, 2021 | 5:30 AM
HASRAT TERUS BERBAKTI: Daripada penerima bantuan 4PM, Encik Mohamed Ismail Abdul Hakim menjadi sukarelawan dan seterusnya pemimpin badan itu. - Foto BH oleh KUA CHEE SIONG -
ENCIK Mohamed Ismail Abdul Hakim sudah menjadi seorang sukarelawan selama 34 tahun, namun beliau tidak merancang berhenti dalam masa terdekat ini.
Bersemangat meningkatkan tahap kehidupan masyarakat Melayu/Islam, Encik Ismail menjadi sukarelawan bersama Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM) untuk menawarkan pelbagai program pendidikan dan pembangunan belia bagi mendorong mereka menjadi pemimpin masyarakat.

