Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

AGIH MAKANAN LEBIH BERKHASIAT

Tak setakat agih makanan... tingkat khasiat, didik penerima cucuk tanam

Jan 09, 2022 | 05:30 AM



MEMENUHI keperluan makanan masyarakat sejak 2014, pertubuhan Free Food For All (FFFA) sudah lama berada di barisan hadapan untuk memastikan setiap isi rumah akan dapat akses kepada makanan dalam masa ketidaktentuan.



Namun begitu, dengan keperluan benefisiari mereka yang sering berubah, pengasas FFFA, Encik Nizar Mohamed Shariff, berkata terdapat lebih yang boleh dilakukan untuk membantu golongan rentan ini daripada terperangkap dengan ketidaktentuan makanan.



Ini termasuk meningkatkan khasiat makanan yang mereka agihkan serta mendidik orang ramai tentang cara menanam makanan mereka sendiri.



FFFA adalah sebahagian daripada Kumpulan Kerja Makanan Amal yang ditubuhkan pada 2019 oleh Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), yang bertujuan untuk meningkatkan koordinasi dan kecekapan dalam sektor sokongan makanan amal.



Ini juga melibatkan beberapa badan amal lain, agensi pemerintah serta sukarelawan.



Menurut Encik Nizar, sebelum ini FFFA hanya memberi makanan yang mereka fikir benefisiari mereka memerlukan namun, mereka kini sedang mengubah operasi mereka untuk menawarkan makanan yang berkhasiat dan yang diinginkan oleh benefisiari mereka.



"Keadaan sekarang adalah jika anda kaya baru anda dapat peluang untuk mendapatkan makanan yang lebih berkhasiat.



"Meskipun kita sering menyelamatkan sayur-sayuran dan mengagihkannya, kadangkala khasiat sayur tersebut tidak sebaik yang diharapkan.



"Kita harus ubah persepsi memberi apa yang kita tidak mahu kepada mereka yang memerlukan dan memberi mereka barangan yang terbaik," jelas Encik Nizar.



Tambahnya, dengan melakukan demikian, golongan yang memerlukan dapat menerima makanan yang berkhasiat dan kemudian memberi peluang bagi benefisiari mereka untuk memecahkan kitaran untuk mencapai prestasi terbaik dalam kehidupan.



Kini, FFFA menyediakan sajian sedia dimakan (RTE) halal dalam paket retort - sejenis bungkusan gabungan lapisan plastik dan logam - yang boleh dipanaskan menggunakan pek pemanas.



Hasilnya, RTE FFFA mampu bertahan dua tahun.



Selain itu, mereka turut menyediakan sebuah peti ais masyarakat atau Community Fridge di Yishun Ring Road tahun lalu, di mana penduduk Yishun boleh menikmati hasil lebihan atau makanan tidak terjual.



Makanan itu kemudiannya boleh diambil oleh mereka yang memerlukannya, sekali gus mengurangkan pembaziran dan membantu mereka yang memerlukan.



Baru-baru, FFA telah memulakan skim perintis yang menghantar dua kilogram sayur-sayuran organik kepada 100 isi rumah setiap sebulan.



Selain itu, mereka juga sedang membuat kit protaip untuk bercucuk tanam sayur-sayuran mikrohijau untuk mengajar keluarga cara menanam sayur-sayuran mereka sendiri.



"Ia tidak memerlukan tempat yang besar tetapi keluarga-keluarga ini dapat menghasilkan sayur-sayuran yang banyak.



"Kanak-kanak dan ibu bapa dapat mengeratkan hubungan dan menganggapkan aktiviti bercucuk tanam itu seperti sebuah eksperimen.



"Ia bukan hanya untuk diri mereka tetapi juga untuk orang keliling merek contohnya jiran mereka dan boleh berdikari pada tahap tertentu," ujarnya.



Encik Nizar berkata FFFA, sebagai sebuah badan amal yang lebih kecil dengan lebih banyak ruang untuk bereksperiman, boleh mencuba cara yang lebih inovatif untuk membebaskan isi rumah daripada keperluan bantuan makanan.



"Daripada melihat berapa ramai isi rumah yang kita berikan khidmat, kita harus melihat berapa ramai yang boleh keluar daripada situasi sukar mereka.



"Impian kita adalah satu hari nanti kita akan berkhidmat kepada lebih kurang orang.



"Ini bermaksud bahawa terdapat kesan yang baik dan dasar yang berjaya," katanya.




"Keadaan sekarang adalah jika anda kaya baru anda dapat peluang untuk mendapatkan makanan yang lebih berkhasiat.

Meskipun kita sering menyelamatkan sayur-sayuran dan mengagihkannya, kadangkala khasiat sayur tidak sebaik yang diharapkan.

Kita harus ubah persepsi memberi apa yang kita tidak mahu kepada mereka yang memerlukan dan memberi mereka barangan yang terbaik.''

- Encik Nizar Mohamed Shariff.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >