Topik diikuti
Pergi ke BHkuTaman baru jejak perjalanan hijau SG
Taman baru jejak perjalanan hijau SG
Taman Bay East bakal jadi satu daripada tiga taman Gardens by the Bay apabila siap 2027
Taman baru jejak perjalanan hijau SG

TAMAN RAKAM USAHA HIJAU SINGAPURA: Taman Bay East akan terletak di atas tanah tebus guna di Kolam Air Marina dan akan dibuka bersama Founders' Memorial. Ia akan menceritakan usaha penghijauan Singapura dan menangani kekurangan air. - Foto BH oleh JASON QUAH -
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
May 9, 2022 | 5:30 AM
RAKYAT Singapura akan dapat menikmati sebuah taman baru yang akan dibina berdekatan Founders' Memorial di Marina East, dengan kawasan rekreasi yang menawarkan pemandangan berlatar langit bandar, tanah lembap dan laluan yang menjejaki usaha penghijauan negara ini.
Taman Bay East seluas 30 hektar itu, lebih besar sedikit daripada separuh Taman Bay South sedia ada yang seluas 54 hektar, merupakan taman kedua daripada tiga taman yang membentuk Gardens by the Bay dan akan siap menjelang 2027.
