PADA awalnya, apabila saya dan isteri tidak berjaya mendapatkan tempat bagi anak kecil kami berusia 18 bulan menyertai tajaka, kami bimbang sekiranya puteri pertama kami itu tidak dapat menerima permulaan awal di sekolah.

Ternyata perkara ini sering dirasakan ibu bapa yang mempunyai anak kecil di sini sebagaimana ditunjukkan dalam beberapa blog dan laman keibubapaan yang mengeluarkan pertanyaan sama ada jagaan ditawar kepada anak kami itu berkurang jika kami tidak memasukkannya ke sekolah seawal usia itu.