Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Taman Warisan Melayu siap simpan artifak

Ditutup untuk kerja pembangunan semula sehingga 2025
MHC
Feb 27, 2023 | 05:30 AM



PENJAGAAN rapi dan ketelitian memainkan peranan penting semasa menangani apa jua artifak.



Ini memastikan ia sentiasa dilindungi.



Itulah juga yang dilakukan oleh Taman Warisan Melayu (TWM) dalam proses pemindahan beberapa artifak.



TWM akan ditutup untuk kerja pembangunan semula sehingga 2025.



Muka bangunan yang pernah menjadi kediaman keluarga diraja Melayu di Singapura, akan dikekalkan dengan kebanyakan pembaikan dilakukan di dalam bangunan.



Menerusi akaun Facebook mereka, TWM berkongsi bagaimana kakitangan yang termasuk kurator, pemulihara dan pengurus koleksi menangani artifak-artifak tersebut.



Bagi memberi laluan kepada kerja pembaikan, artifak-artifak itu perlu dipindahkan ke tempat sementara.



Ia termasuk artifak yang dipasang di galeri terakhir iaitu CERITA serta barang-barang yang dipamer di galeri tetap.



Dalam klip video yang dipaparkan, antara yang dipindahkan adalah sebuah piano.



Seorang pemulihara, Cik Sylvia Haliman, telah menjalankan pemeriksaan teliti ke atas piano tersebut.



"Perlu untuk kami periksa dengan teliti bagi memastikan ia masih stabil sebelum dihantar ke Pusat Pemuliharaan Warisan (HCC) dengan selamat dan disimpan di sana," katanya.



Piano tersebut merupakan piano milik komposer dan pencipta lagu kebangsaan, Majulah Singapura, Allahyarham Zubir Said.



Menurut pengurus bagi Pengurusan Koleksi, Encik Sufiyan Hanafi, piano tersebut merupakan antara artifak terbesar di TWM dan yang paling mencabar untuk dibawa masuk dan keluar dari muzium.



"Dengan bantuan pasukan termasuk golongan pemulihara dan kurator, kami telah berjaya memindahkan piano itu," katanya.



Pengunjung boleh menjangkakan lebih banyak penggunaan teknologi yang interaktif pada masa hadapan.



Buat masa ini, pasukan TWM sedang melakarkan jalan cerita baru untuk galeri tetap akan datang.



"Satu lagi usaha yang kami sedang jalankan ialah mengusahakan pameran bergerak atau yang bersifat pop-up agar kami dapat terus mendekati pengunjung pada tahun-tahun akan datang," kata kurator, Syed Hafiz Nasir.



Sejak dibuka semula pada 2012, pameran, festival dan program MHC telah didorong oleh kepentingan untuk berkongsi cerita, sama ada anekdot peribadi, pepatah masyarakat, akaun institusi mahupun rekod negara.



MHC telah meneroka tema seperti bangsa, bahasa, budaya dan adat sepanjang dekad ini.



Ia juga telah bekerjasama dengan pelbagai masyarakat etnik Melayu untuk sama-sama mengadakan pameran yang mengajak mereka meneroka identiti sendiri, budaya material selain aspek warisan yang ketara mahupun tidak ketara.




ARTIFAK TERBESAR DAN PALING MENCABAR UNTUK DIALIHKAN DI TAMAN WARISAN MELAYU



"Perlu untuk kami periksa dengan teliti bagi memastikan ia masih stabil sebelum dihantar ke Pusat Pemuliharaan Warisan (HCC) dengan selamat dan disimpan di sana."
- Cik Sylvia Haliman, seorang pemulihara mengenai piano milik komposer dan pencipta lagu kebangsaan, 'Majulah Singapura', Allahyarham Zubir Said.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >