Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Tangani kemurungan remaja

May 03, 2021 | 05:30 AM



Kemurungan adalah gangguan perasaan yang menyebabkan seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga, cepat marah serta kehilangan minat dalam aktiviti harian.



Ia menyangkut, antara lain, pada kawalan emosi, rasa rendah diri, kurang keyakinan, tiada dorongan positif, dan rasa keasingan atau dipinggirkan.



Penyakit ini boleh dihidapi kepada sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina atau bangsa. Kemurungan boleh berlangsung lama sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun.



Laporan hasil Kajian Kesihatan Mental Singapura (SMHS) menunjukkan, kira-kira 18 peratus belia Singapura mengalami kemurungan.



Kanak-kanak dan remaja lebih berdepan dengan pembentukan kemurungan, kegelisahan, panik, cemas atau kerisauan akibat perubahan kimia dalam otak disebabkan baligh, tekanan masyarakat, pelajaran, rakan dan keadaan serta faktor yang tidak boleh dikawal dalam kehidupan mereka di rumah.



Malah, kira-kira 50 peratus penyakit mental mula kelihatan sebelum usia 14 tahun, dengan kadar timbulnya meningkat kepada 75 peratus sebelum usia 24 tahun.



Ramai remaja tidak memahami apa yang mereka lalui. Malangnya, kekurangan pengetahuan dan dicampur dengan salah tanggapan tentang penyakit mental, peminggiran sosial dan kurangnya sokongan kawan-kawan dan ahli keluarga mungkin menjadi faktor penyumbang kepada kes bunuh diri di kalangan remaja.



Kesemua ini mungkin menerangkan trend membimbangkan tentang bunuh diri di kalangan remaja.



Menurut Kementerian Kesihatan (MOH), antara 2017 hingga 2019, secara purata 12,600 pesakit berusia antara 15 hingga 34 tahun mendapatkan rawatan bagi keadaan kesihatan mental di hospital awam setiap tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >