SEBUAH persembahan Randai telah diadakan baru-baru ini di Taman Warisan Melayu, sempena Festival Warisan Singapura, melalui satu kolaborasi antara kumpulan seni, Kaum Collective, dan dua artis Singapura - Dr Amin Farid dan Encik Norisham Osman - demi memperkenalkan semula seni ini sebagai mempromosikan budaya Nusantara di Singapura.

Randai merupakan satu bentuk teater tradisional dari Minangkabau yang menggabungkan elemen utama seperti nyanyian, tarian, lakonan, dan silek, atau silat, dalam format bercerita.