Tekad pertahan bahasa, budaya Melayu di kalangan golongan muda
Premium
Tekad pertahan bahasa, budaya Melayu di kalangan golongan muda
Feb 9, 2021 | 5:30 AM
TERIMA ANUGERAH: Cik Ameera telah menerima anugerah Hadiah Buku Koperasi Guru Melayu Singapura yang diberikan kepada mereka yag menunjukkan prestasi terbaik bagi Bahasa Melayu dan Sastera dalam program Sarjana Muda Sastera (Pendidikan). - Foto BH oleh GIN TAY -
SEBAGAI seorang guru Bahasa Melayu, Cik Nurul Ameera Zackaria percaya bahawa semangat untuk mempertahankan bahasa dan budaya Melayu perlu dipupuk dalam kalangan minda muda sejak di bangku sekolah lagi.
Mengambil serius tanggungjawab dan kepercayaan yang diberikan kepadanya sebagai seorang guru, Cik Ameera berharap dapat mendorong generasi masa depan untuk tidak hanya menggunakan bahasa tersebut dalam kelas, bahkan dalam kehidupan seharian mereka.

