Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Teknologi boleh bantu peguam tambah nilai

Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-Undang), Cik Rahayu Mahzam, baru-baru ini menyampaikan ucapan di Simposium Undang-undang dan Perniagaan Perancis-Singapura yang ketiga, di Paris. Beliau menyentuh tentang inisiatif Kementerian Undang-Undang dalam menyokong firma guaman dan institusi huraian pertikaian untuk menjalani transformasi dan menggunakan teknologi. Berikut adalah ucapannya.
May 16, 2023 | 05:30 AM



SIMPOSIUM ini, yang kali ketiganya diadakan, adalah suatu platform yang amat bermakna, membolehkan pertukaran pandangan antara para pemimpin perundangan di Eropah dan Asia mengenai undang-undang dan perniagaan.



Saya amat berbesar hati berada di tempat yang mulia ini, gedung ilmu, seperti yang dinyatakan oleh Encik Braconnier awal tadi.



Saya juga, dengan segala rendah hati ingin berkongsi dengan anda beberapa perspektif, setelah mendengar ucapan yang amat berwawasan daripada beberapa penceramah awal tadi.



Oleh kerana tumpuan simposium tahun ini adalah mengenai teknologi, perlindungan data dan Kecerdasan Buatan (AI), saya ingin berkongsi yang berikut ini:



(a) Pertama, evolusi teknologi dalam sektor perundangan di Singapura.



(b) Kedua, inisiatif baru-baru ini oleh Kementerian dan rakan industri kita sebagai respons kepada kemajuan teknologi, serta



(c) Ketiga, pandangan saya terhadap kesan teknologi terhadap kerja-kerja para peguam.



Evolusi Teknologi dalam Sektor Perundangan di Singapura



Saya rasmi menjadi peguam pada 2004, dan bertugas beberapa tahun sebagai peguam, dalam litigasi komersial dan undang-undang keluarga.



Kemudian, saya berhenti selaku peguam, untuk berkhidmat sebagai Timbalan Pendaftar di Mahkamah Syariah, sebelum kembali semula selaku peguam dan menyertai politik.



Saya melihat diri saya melalui evolusi teknologi dalam sektor perundangan di Singapura.



Selama beberapa tahun, firma-firma guaman menggunakan berbagai kaedah huraian teknologi perundangan untuk menjadikan tugas mereka lebih efisien.



Ini termasuk daripada huraian asas seperti sistem amalan pengurusan bagi mengatur proses tugas seharian, hinggalah kepada huraian yang lebih canggih, seperti sofwe penemuan informasi dalam format elektronik (eDiscovery) yang membantu pemeriksaan kembali dokumen yang sedia ada.



Berkaitan penghakiman pula, penggunaan teknologi boleh dikesan malah sejak sebelum saya mula menjadi peguam.



(a) Sistem Pengelolaan Elektro-nik (EFS) mula diperkenalkan pada 1997 sebagai percubaan bagi membolehkan para peguam merasakan kelebihan mengelolakan dokumen secara elektronik, bagi mendapatkan maklum balas daripada mereka.



(b) EFS kemudian dipertingkat kepada sistem eLitigasi pada 2013 bagi membolehkan firma-firma guaman mengakses tunggal sepanjang proses litigasi bagi mengelolakan dokumen kes mereka.



Sementara profesion perundangan di Singapura terus mengorak langkah dengan berhati-hati dalam penggunaan teknologi, pandemik Covid-19 yang belum pernah terjadi sebelum ini, mempercepatkan langkah firma-firma guaman dan pengguna merata sektor itu menggunakan amalan berasaskan teknologi.



Amalan yang sebelumnya tidak pernah terfikirkan, kini diterima secara meluas.



i. Rundingan-rundingan dengan klien secara maya memberi para peguam dan klien kemudahan menelefon dari rumah masing-masing atau dari mana sahaja pelosok dunia.



ii. Pihak penghakiman menggunakan perbicaraan secara maya, bagi memastikan akses bagi keadilan semasa pandemik yang memuncak akibat daripada sekatan menjaga jarak selamat dikuatkuasakan.



Setelah kita keluar daripada pandemik, kini terserah kepada kita untuk tidak melupakan langkah kukuh ke arah transformasi digital yang telah dilakukan semasa pandemik dengan meneruskan penggunaan kaedah teknologi.



Inisiatif Baru Oleh Kementerian Undang-Undang



Kementerian komited untuk menyokong firma-firma guaman kita dalam melaluinya.



Kami bekerja dengan agensi-agensi yang berkaitan bagi menyokong industri ini menggunakan teknologi, supaya firma-firma guaman boleh bertahan dengan tekanan persaingan.



Ini bermula seawal 2017 apabila Kementerian, Kesatuan Guaman Singapura dan apa yang dulunya dikenali sebagai Spring Singapore, melancarkan program pemula teknologi bagi undang-undang - Tech Start for Law - untuk membantu firma-firma guaman dalam penggunaan teknologi bagi menyediakan perkhidmatan yang lebih baik.



Program 'Tech-celerate for Law' pula dilancarkan kemudian pada 2019 oleh Kementerian, Kesatuan Guaman Singapura, Enterprise Singapore (EnterpriseSG) dan Penguasa Pembangunan Infokom Media (Imda).



(a) Skim ini adalah satu tahap di atas program 'Tech Start for Law' dan mencakup kedua-dua solusi teknologi dasar dan canggih.



Sedang masyarakat dan ekonomi kita berkembang, ia malah menjadi lebih sukar bagi syarikat-syarikat kecil untuk bertahan menghadapi semua perubahan yang pesat berlaku.



(b) Hal yang sama boleh dikatakan bagi banyak firma guaman yang kecil dalam industri guaman di Singapura.



Dengan ketiadaan skala ekonomi, banyak firma guaman yang kecil dan sederhana di Singapura, tidak peroleh kelebihan sumber pada waktu ini, untuk menggunakan solusi teknologi untuk yang ke arah "penggunaan digital."



Menyedari akan hal ini, Kementerian tampil untuk menyediakan Platform Teknologi Guaman (LTP), yang dilancarkan pada Julai 2022. Ini telah dinyatakan awal tadi oleh Ketua Hakim.



LTP adalah bagi pengurusan dan penyelarasan yang direka sekitar pengurusan kerja guaman, digabungkan dengan teknologi guaman dan perkhidmatan awam yang sudah biasa digunakan oleh firma-firma guaman.



Sehingga kini, sekitar 30 firma berasaskan digital (e-based), dan pengguna awalnya telah memberikan kemasukan yang baik terhadap platform ini.



(a) Contohnya, Albakri LLC, sebuah firma guaman kecil di Singapura, telah menggunakan LTP bagi mewujudkan templat mereka sendiri dan senarai tugasan yang relevan bagi perkara tertentu.



(b) Ini memberi kebebasan waktu untuk latihan bagi rakan sekutu muda firma berkenaan dan memperbaiki amalan pengurusan pengetahuan firma.



Kami terus memantaunya. Jika ada keperluan untuk menyediakan sokongan tambahan kepada firma-firma guaman dalam usaha mereka untuk bergerak ke arah penggunaan teknologi yang lebih luas, kami akan melakukannya.



Selain firma-firma guaman, kami juga menggalakkan institusi pengurusan perselisihan, supaya menggunakan teknologi bagi merubah dan menawarkan khidmat mereka mengikut kemajuan global.



(a) Maxwell Chambers, kompleks gabungan bagi penyelesaian perselisihan pertama di dunia, cepat beralih daripada sekadar sebuah pusat perbicaraan secara fizikal, kepada pusat yang menyediakan pilihan kemudahan perbicaraan secara maya dan hibrid, semasa pandemik.



(b) Institusi penyelesaian perselisihan kami - iaitu Pusat Timbang Tara Antarabangsa Singapura (Siac) dan Pusat Pengantara Antarabangsa Singapura (SIMC) - juga menawarkan pihak yang bertelagah pilihan perbicaraan secara maya atau hibrid.



Tentunya, peralihan ke arah digital adalah sesuatu yang berterusan dan tidak satu pun yang boleh dilaksanakan oleh pemerintah secara bersendirian, tanpa bekerja dengan rakan-rakan penting kami.



(a) Akademi Undang-Undang Singapura (SAL) menjalankan program bagi menggalak dan memajukan penggunaan teknologi, seperti TechLaw, Fest dan simposium seperti ini.



(b) Sekolah-sekolah undang-undang kami juga, melaksanakan bahagian mereka dan telah perkenalkan kelas-kelas berkaitan teknologi dalam kurikulum mereka.



Sinergi usaha semua pemain dalam ekosistem ini, membantu secara kolektif bagi memajukan lagi perkhidmatan guaman kita dan meletakkan Singapura pada hari ini, sebagai perkhidmatan guaman terkemuka dan hab penyelesaian pertikaian.



Kesan Teknologi Terhadap Kerja-Kerja Peguam



Terdapat keprihatinan terhadap bagaimana teknologi memberi kesan ke atas para peguam.



(a) Dekan Sekolah Undang-Undang Universiti Suffolk, Encik Andrew Perlman, terkenal kerana menyiapkan bersama sebuah kertas akademik dengan ChatGPT.



(b) Para cendekiawan undang-undang di Sekolah Undang-Undang Universiti Minnesota, menguji ChatGPT. Ia menghasilkan gred lulus tetapi rendah iaitu C+ dalam empat kursus yang diambil.



Sedang teknologi menjadi lebih sofistikated, saya fikir adalah biasa bagi kebanyakan orang untuk bertanya - adakah peguam akan digantikan dengan teknologi?



Walaupun teknologi sebenarnya boleh menggantikan sebahagian daripada perkara yang dilakukan oleh manusia dalam melakukan kerja peguam, saya fikir teknologi masih belum lagi boleh menggantikan para peguam.



Saya fikir tidak wajar bagi saya kalau menghiraukan perkara ini yang telah ditampilkan mengenai implikasi dan pentingnya kesan teknologi seperti AI, terhadap peranan para peguam.



Tetapi saya percaya bahawa kemajuan teknologi sebenarnya akan membantu para peguam moden nilai tambah kemahiran yang mereka ada.



Pada akhirnya, undang-undang masih lagi suatu profesi yang perlu dijalankan oleh manusia.



(a) Klien melihat para peguam sebagai seseorang yang boleh menyelesaikan masalah.



(b) Apabila berhadapan dengan pertikaian, mereka bergantung kepada peguam mereka untuk menampilkan solusi yang efisien dan berkesan bagi menyelesaikan masalah.



(c) Masalah biasanya unik, masing-masing dengan isu tersendiri, dari segi konteks, latar belakang dan juga mengambil kira personaliti seseorang.



(d) Dan ini adalah sesuatu yang tidak boleh disediakan oleh teknologi, sekalipun dilatih bertahun-tahun dalam kes undang-undang.



Kita pernah mendengar mengenai pentingnya nilai dan prinsip yang dibawa oleh para peguam ke dalam ekosistem, di mana teknologi dan AI tidak memilikinya.



Saya yakin, saya adalah seorang yang sering melihat pada sebutir gelas yang separuh penuh.



Saya fikir hakikatnya adalah kita berada di sini hari ini, menggembeling tenaga untuk cuba dan belajar, hakikat adanya peguam generasi baru, kebanyakannya biasa dengan digital, dan diharapkan dengan sikap yang betul untuk melaksanakan evolusi dan perubahan pada ekosistem.



Justeru itu, saya percaya bahawa peguam moden adalah seseorang yang boleh membina kepakaran mereka bagi menyediakan nasihat tertentu dalam menyelesaikan masalah klien mereka.



Masa depan mempunyai banyak peluang bagi pertumbuhan dan perubahan, dan juga bukan suatu usaha dari seorang sahaja, satu entiti; ia adalah usaha bersama.



Pemerintah harus tampil dan melihat dasar-dasar, dan menyesuaikannya.



Akademik, institusi, peguam, karyawan harus juga tampil; masyarakat antarabangsa juga harus tampil.



(a) Sedang kita melatih bakal peguam masa depan memasuki profesi guaman, kita perlu melengkapkan mereka dengan kemahiran menangani kemajuan pesat ini.



(b) Di samping berkemahiran dalam penggunaan teknologi, peguam masa depan adalah seorang yang tangkas dan boleh menyesuaikan diri dengan kemajuan pesat dalam sekitaran operasi mereka bekerja.



(c) Mereka yang sudah dalam profesi ini juga perlu terbuka kepada peluang-peluang baru bagi memperkukuh kuasa teknologi sementara mencari lebih banyak pengalaman.



Ini adalah sesuatu yang Singapura harus kekal melakukannya. Ia ada dalam DNA Singapura untuk terus memperbaiki diri.



(a) Seperti yang mungkin telah anda ketahui, Singapura adalah sebuah negara kecil yang tidak mempunyai sumber alam.



(b) Kita tidak mampu dan tidak akan boleh berdiam diri. Kita harus terus belajar dan membangun atas usaha sendiri.



(c) Sedang kita cuba memperbaiki dan memenuhi keperluan perniagaan yang lebih baik, dari dan melalui Singapura, kita akan mencari hala cara untuk mengajak sama setiap orang, supaya tiada yang ketinggalan.



Kesimpulan



Setelah semua itu diperkatakan, teknologi dalam undang-undang dan undang-undang dalam teknologi masih lagi dianggap sesuatu yang baru.



Masih banyak lagi ruang yang harus dikongsi dan dipelajari dalam bidang ini.



Simposium ini menyedia peluang yang baik untuk melakukannya.



Saya berharap untuk mendengar daripada pakar-pakar terkemuka dari kedua-dua negara dan maklumat mengenai perlindungan data, teknologi dan AI yang akan mereka kongsikan dalam simposium ini.



Setakat ini, izinkan saya mengumumkan bagi pihak Kementerian Undang-Undang, saya ingin mengundang anda semua ke Singapura, menghadiri Minggu Konvensyen Singapura (SC Week) 2023, dari 28 Ogos hingga 1 September.



(a) SC Week dianjurkan oleh Kementerian, dengan kerjasama pertubuhan rakan kami, termasuk Suruhanjaya Undang-Undang Perdagangan Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Uncitral).



(b) Ia menampilkan kegiatan selama seminggu berkaitan undang-undang dan penyelesaian pertikaian, di mana para pemimpin dari merata dunia dihimpunkan untuk berkongsi pengetahuan dan amalan terbaik ditengah-tengah landskap operasi yang berubah ini.



(c) Terdapat banyak peluang, bukan saja untuk dikongsi dan dipelajari bersama tetapi juga untuk memupuk jaringan kerja.



Saya mengalu-alukan anda ke Singapura dan diharapkan bertemu anda di Singapura.




"Sedang teknologi menjadi lebih sofistikated, saya fikir adalah biasa bagi kebanyakan orang untuk bertanya - adakah peguam akan digantikan dengan teknologi?
Walaupun teknologi sebenarnya boleh menggantikan sebahagian daripada perkara yang dilakukan oleh manusia dalam melakukan kerja peguam, saya fikir teknologi masih belum lagi boleh menggantikan para peguam.
Saya fikir tidak wajar bagi saya kalau menghiraukan perkara ini yang telah ditampilkan mengenai implikasi dan pentingnya kesan teknologi seperti AI, terhadap peranan para peguam.
Tetapi saya percaya bahawa kemajuan teknologi sebenarnya akan membantu para peguam moden nilai tambah kemahiran yang mereka ada."
- Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-undang), Cik Rahayu Mahzam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >