Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Tekuni perkembangan Islam di Nusantara, pelosok dunia

Jamal Ismail dedah cabaran menulis novel berlatar pemberontakan askar Sepoi beragama Islam di S'pura 100 tahun lalu
Nov 10, 2022 | 05:30 AM



MENEKUNI perkembangan dan perjuangan Islam di Nusantara dan di sepelosok dunia sejak 100 tahun lalu bukan satu kerja mudah.



Apatah lagi jika bingkisan dan sejarah negara seabad lampau dijadikan bidang sebuah novel manakala kisah yang menyelusuri perjalanan hidup seorang kiai di sini ketika itu menjadi latar penceritaannya.



Selain itu, tempoh masa yang panjang juga diperlukan demi menghasilkan novel keempat, Mustafa: Epik Kerohanian Seorang Kiai, yang cukup seni, dan rapi.



Mengimbas kenangan bagi penghasilan novel fiksyen terbaru, sasterawan mapan, Encik Jamal Ismail, 70 tahun, mendedahkan beliau mengambil masa enam tahun bagi penghasilan novel mutakhirnya ini.



"Sumbangan besar tokoh agamawan dalam memartabatkan Islam yang syumul di tengah-tengah ribut perang menjadi inti pati novel terbaru saya ini," ujarnya semasa diwawancara Berita Harian baru-baru ini.



Penulis prolifik yang tidak lekang senyuman ini dengan nada tenang berkata:



"Novel Mustafa berbeza daripada tiga novel saya sebelum ini kerana proses pengkaryaannya mengambil masa panjang.



"Ia mencapai tempoh enam tahun dari peringkat konseptual hingga selesai menulis. Ini termasuk masa penyelidikan dan menilai suasana semasa perkembangan perjuangan Islam di Nusantara dan sedunia."



Secara ringkas, novel setebal 540 halaman ini berlatarkan peristiwa sejarah pemberontakan askar Sepoi beragama Islam yang bermazhab Hanafi di Singapura pada 1915.



Askar Sepoi adalah soldadu dari India yang diupah tentera British dalam usahanya meluaskan jangkauan penjajahan empayar itu.



Titik hitam pentadbiran penjajah British yang menyogokkan ruang dan peluang kepada Kiai Mustafa, anak tempatan memperjuang Islam secara syumul di tengah-tengah masyarakat Singapura dan Johor, menjadi kisah utama penceritaannya.



Menurut Encik Jamal, novel ini mendapat sentuhan Sasterawan Negara Malaysia, Dato Dr Anwar Ridhwan, sebagai penyunting.



Dalam penilaiannya, Dr Anwar berpandangan novel yang dihasilkan penerbit televisyen mapan ini diserikan dengan strategi jalan cerita "dengan seaneka metafora keagamaan, serta anyaman bahasa seorang pengarang yang lincah bercerita, santun dan rinci pengamatannya.



"Novelis berkebolehan menjelmakan se suatu yang abstrak menjadi adegan-adegan yang dapat digambarkan oleh pembaca."



Menyentuh tentang matlamat yang ingin dicapainya untuk masyarakat daripada pengisahan kisah novel ini, Encik Jamal berkata:



"Saya berhasrat merakam perjuangan golongan awal ulama dan gerakan dakwah Islamiah di Singapura yang penuh cabaran tetapi sangat kurang pendokumenannya. Dengan itu, dapat kita menilai kembali perjuangan suci mereka daripada kaca mata politik dan sosial semasa."



Penghasilan novel bukan suatu yang asing bagi Encik Jamal.



Novel pertamanya, Songsang, diterbitkan Perkumpulan Seni pada 1985 - 37 tahun lalu - meraih hadiah kepujian daripada Majlis Buku Kebangsaan ketika itu.



Novel kedua, Tunjuk Langit, diterbitkan Unggun Creative, memenangi Anugerah Persuratan pada 2020.



Novel ketiga, Ombak Selatan, diterbitkan syarikat Prakxis pada 2021.



Novel ini digarap daripada drama bersiri tujuh episod Pasir Panjang Roboh terbitan IMO Production miliknya dan disiarkan oleh saluran TV12 (kini Suria) pada 1999.



Menyentuh tentang cabaran besar yang perlu ditempuhi bagi novel terbaru ini, seniman yang disegani ini berkata cabaran tersebut adalah dalam memastikan ketepatan keadaan yang berlaku.



"Oleh sebab novel period, Singapura 100 tahun lalu, secara rinci saya perlu tahu geografi, nama-nama tempat, kehidupan sosial, dan suasana politik waktu itu setepat mungkin untuk diangkat dalam sebuah cereka," katanya dan menzahirkan rasa syukur naskahnya ini mendapat sokongan Majlis Pusat Singapura selaku penerbit dan akan berada dalam pasaran mulai akhir bulan ini.



Ditanya apakah kepuasan yang diraih bagi novel ini, beliau dengan rendah hati berkata:



"Saya tidak mengharapkan apa-apa kepuasan daripada novel ini. Saya hanya berharap, ia menjadi khazanah kita yang mudah-mudahan bermanfaat dan menjadi jariah, insya-Allah."




 "Saya berhasrat merakam perjuangan golongan awal ulama dan gerakan dakwah Islamiah di Singapura yang penuh cabaran tetapi sangat kurang pendokumenannya. Dengan itu, dapat kita menilai kembali perjuangan suci mereka daripada kaca mata politik dan sosial semasa."
- Encik Jamal Ismail.




SINOPSIS NOVEL



Novel ini berlatarkan peristiwa sejarah pemberontakan askar Sepoi Islam bermazhab Hanafi di Singapura pada 1915.



Titik hitam pentadbiran penjajah British yang menyogokkan ruang dan peluang kepada Kiai Mustafa, anak tempatan memperjuang Islam secara syumul di tengah masyarakat Singapura dan Johor.



Berhadapan tentangan British dan konco-konconya, dengan fitnah dan ancaman maut serta kumpulan pelampau agama yang menuduhnya pembawa bidaah dan khurafat, tokoh istimewa terkenal zuhud dan sufi luar biasa ini menekuni keyakinannya, Islam adalah agama sejahtera, damai, adil dan progresif.



Seluruh gejolak zahir yang ditempuh Kiai Mustafa dan jemaahnya, disulami pengalaman dan didikan kerohanian tokoh yang dihormati lawan dan kawan ini.



Kisah dalam novel ini diungkap daripada laras cerita, atau 'point of view', seorang anak raja Johor bernama Tengku Hamzah yang rela menjadi khadam kepada tuan guru yang dikaguminya.



Sebuah fiksyen, dimanfaatkan penulis untuk memberi makna dan tafsiran baru kepada peristiwa berdarah di Singapura 100 tahun lalu buat renungan dan dinilai mengikut perspektif terkini perjuangan Islam di Nusantara.




TEMPAHAN NOVEL



  • Novel: 'Mustafa: Epik Kerohanian Seorang Kiai'

  • Harga: $40 (kulit lembut); $60 (kulit keras) termasuk kos kiriman pos

  • Tempah menerusi e-mel: jamal_ismail52@yahoo.com




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >