Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Telefon bijak dengan mutu audio lunak

Nov 29, 2020 | 11:59 PM



 



 



realme, sebuah jenama China yang semakin menonjolkan diri, telah memperkenalkan telefon bijak siri X50 bersama peranti IOT seperti fon telinga realme Buds Q dan jam tangan realme.



Model 5G pertama dari realme yang menjejakkan kaki ke negara ini ialah X50 5G dan X50 Pro SG.



X50 Pro 5G ($999),  model teratas dalam siri tersebut mempunyai spesifikasi yang lebih tinggi. Misalnya a  dilengkapi dengan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 865 5G, yang menyokong rangkaian dwi-mod 5G. Telefon ini mempunyai  empat kamera dengan keupayan kecerdasan buatan (AI) yang boleh menghasilkan imejan 64 megapiksel (MP). Ia juga mempunyai RAM 12 GB dan ruang simpanan dalaman sebanyak 256GB



Sementara telefon bijak X50 5G ($599) pula dilengkapi dengan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 765 5G. Peralatan lain termasuk kamera 48MP, RAM 8GB dan ruang simpanannya sebesar 128GB.



Pengalaman menggunakan X50 5G sungguh memuaskan. Ciri paling memuaskan ialah kepuayaan audi telefon ini. Ujian semasa memainkan muzik menunjukkan mutu audionya sungguh mendalam, lunak dan kuat. Kameranya juga terang lagi jelas



realme Buds Q ($69)

Fon telinga realme Buds Q kelihatan ringan, padat dan mudah dimasukkan ke telinga. Mutu audionya juga tidak kurang hebat. Menurut realme, fon telinga ini berupaya bertahan selama 3 jam (penggunaan perbualan telefon) atau 4.5jam (permainan muzik)



realme Watch ($149)

Alat ini merupakan tawaran jam tangan pintar pertama dari jenama ini. Jam tangan ini dilengkapi dengan resolusi tinggi 320 x 320 piksel dan PPI hingga 323 dan kecerahan hingga 380nits. Ia diatur untuk memenuhi permintaan unik pengguna misalnya ia mempunyai pilihan lebih dari 100 wajah jam yang boleh dimuat turun.



Jam tangan ini juga dilengkapi dengan sensor denyut jantung optik PPG berketepatan tinggi, menyokong pemantauan denyut jantung tanpa gangguan 24/7 untuk mengesan degup jantung dengan cepat dan tepat. Pengguna akan diberi amaran sekiranya degupan jantung menjadi terlalu tinggi atau terlalu rendah pada bila-bila masa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >