Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

DUNIA DIGITAL

Telefon bijak 5G kelas atas dari Oppo

Oppo Find X3 Pro punya keupayaan tinggi dalam permainan di telefon
Jul 13, 2021 | 10:12 PM



 



SEKALI imbas, Oppo Find X3 Pro, telefon bijak 5G keluaran syarikat China Oppo, tidak banyak mempunyai banyak perbezaan ketara berbanding telefon kelas premium yang hasilkan jenama China yang lain seperti OnePlus atau Realme.



Bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta, lebih lama mengenal dan menggunakan X3 Pro, lebih banyak ciri dalam telefon ini yang dapat diteroka dan dimanfaatkan.



Berdasarkan pegangan pertama, X3 Pro terasa agak ringan dan tipis bagi sebuah telefon kelas premium. Dengan berat 193g dan ketebalan 8.3mm, telefon ini selesa diselitkan dalam kocek seluar atau beg tangan. Reka bentuknya yang ‘lembut’ tanpa bahagian tepi yang tajam membuat peranti ini selesa dipegang, lebih-lebih lagi jika disarungkan dengan alas telefon yang disertakan dalam pakej.



Biarpun bentuk telefon ini agak ramping, ia mempunyai bateri 4500mAh yang besar, yang berupaya memberikan tenaga sepanjang hari. Dengan pengecasan kilat SuperVOOC 2.0, telefon pintar dapat dicas hingga 40 peratus kuasa hanya dalam 10 minit. Lebih menarik lagi, dengan pengecasan tanpa wayar, telefon ini boleh dicas sepenuhnya dalam 80 minit.



Kekuatan X3 Pro jelas terpancar sebaik anda menghidupkan alat ini. Skrin 6.7 inci telefon ini nampak terang, huruf dan angka yang disiarkan pula nampak tajam. 



Satu lagi keistimewaan ialah bilangan warna yang berupaya dipamerkan. Jika telefon lain biasanya boleh mempamerkan 16.7 juta warna X3 Pro berupaya memancarkan 1 bilion warna - menjadikan pengalaman menonton video, mengambil foto atau bermain komputer lebih menarik. Sistem pameran telefon ini berupaya menghasilkan kadar pembaharuan dari 5 hingga 120Hz bermakna perubahan dari satu visual ke visual lain atau peralihan adegan dalam video nampak lebih lancar, lebih licin dan tidak tersekat-sekat.



Bagi ‘gamer’ atau penggemar permainan komputer, telefon ini aset berkeupayaan tinggi. Peralatan teknologi yang dimuatkan seperti cip memproses Qualcomm Snapdragon 888-Octa core, 12GB RAM dan ruang simpanan sebanyak 256 GB menjanjikan kuasa memproses yang pantas. Bermakna pengguna boleh menikmati permainan komputer mudah alih terkini menggunakan telefon ini. 



Hanya ada beberapa ketidakselesaan yang dirasakan semasa menguji telefon ini, ia menjadi agak panas jika anda bermain komputer terlalu lama. 



Satu lagi perkara yang diperhatikan ialah hubungan Wifi sering terputus apabila paras bateri turun ke bawah tahap 20 peratus. Mengulas tentang perkara itu, Oppo berkata isu yang dihadapi dengan peranti ini belum pernah terjadi sebelumnya. 



“Pasukan kami sedang menyiasat lebih lanjut untuk mengesahkan dan mengetahui punca masalah ini dan akan memaklumkan anda setelah kami mendapat hasilnya,” kata Oppo.



Namun demikian,  ujian ukur tara menggunakan aplikasi 3DMark menyenaraikan telefon ini dalam kelas peranti berkuasa tinggi. Menurut ujian Wild Life Extreme Stress (dikhususkan bagi telefon peringkat atas) telefon ini mencatatkan skor 1,542 bagi ulangan tertinggi dan 54 peratus bagi skor stabiliti.



Peralatan foto yang dimuatkan dalam telefon ini juga boleh tahan. Antara peralatan yang utama ialah sensor IMX766 50MP yang dihasilkan dengan kerjasama Sony. Satu lagi ciri foto menarik ialah keupayaan memfokus dengan bijak. Kebolehan kamera merakamkan foto pada jarak sungguh dekat (4cm) menjadikan kamera ini seakan alat mikroskop.



OPPO Find X3 Pro ditawarkan dalam warna biru dan hitam dengan 12GB RAM dan ruang simpanan 256GB pada harga $1,599.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >