BELIAU masih ingat bagaimana setiap minggu arwah bapanya akan membawanya ke pasar untuk mengambil kotak buah-buahan yang hendak dibuang untuk dibawa pulang.
"Arwah bapa saya akan membayar sedikit wang untuk mengambil buah-buahan itu bagi kami sembilan adik-beradik. Kami akan buang bahagian buah yang tidak boleh dimakan dan bakinya untuk dinikmati bersama," singkap Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman mengenai pengorbanan arwah ayahnya.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg