Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Teroka pantai semasa air surut tanpa jejas hidupan laut

Jun 20, 2022 | 05:30 AM



RAMAI yang dilihat menjelajahi pantai semasa air surut sejak kebelakangan ini.



Walaupun sebahagian besar berada di sana untuk melihat hidupan laut dalam habitat yang biasanya tersembunyi, ada juga golongan orang yang membawa tong dan baldi untuk mengutip binatang tersebut.



Pada Februari lalu, video yang menunjukkan para pengunjung pantai mengorek keluar binatang marin seperti landak laut di Pantai Changi disiarkan oleh saluran tempatan sains dan alam semula jadi Just Keep Thinking.



Di pantai yang sama pada Jun lepas, ramai orang dilihat menggunakan tong dan baldi untuk mengutip pelbagai spesies kehidupan liar marin.



Kelakuan pengunjung tersebut di habitat pantai - sebuah kawasan yang menyambungkan tanah dan laut yang akan timbul semasa air surut dan tenggelam semasa air pasang - telah menarik perhatian dengan saintis berkata tindakan tersebut membahayakan haiwan tersebut.



Dr Neo Mei Lin, seorang penyelidik yang berpengalaman di Institut Sains Marin Tropikal di Universiti Nasional Singapura, mengongsi apa yang berlaku jika binatang marin dipindahkan dari habitat mereka dan bagaimana orang awam boleh membantu memelihara ekosistem pantai.



Soalan (S): Apakah jenis binatang yang terdapat di kawasan tepi pantai?



Jawapan: Binatang-binatang marin seperti tapak sulaiman, siput laut dan ketam boleh dilihat hidup di pantai. Kebanyakan spesies yang hidup di pantai biasanya boleh tahan perubahan dalam kelembapan, suhu dan kemasinan, serta pukulan ombak, termasuk dari kapal yang bergerak laju di dalam air.



S: Apakah yang harus dan tidak harus dilakukan apabila mengunjungi kawasan-kawasan ini?



J: Ini adalah beberapa perkara yang harus dibuat dan perkara yang harus dielakkan.



HARUS DIBUAT:



Mengambil tahu tentang apa yang boleh dijangkakan sebelum mengunjungi pantai dengan membuat kajian dalam talian seperti maklumat mengenai hidupan liar Singapura.



Memakai kasut seperti but basah yang bertapak getah kerana ini boleh mengurangkan kemusnahan kepada kawasan pantai apabila sedang menjelajah. Ia juga boleh melindungi anda daripada kecederaan.



Apabila menjelajahi kawasan pantai, sedar akan pergerakan anda dan cuba mengurangkannya untuk elak daripada memijak-mijak sebahagian besar kawasan itu.



Perhatikan tempat anda berdiri atau memijak kerana penyamaran binatang marin seperti ikan batu dan ikan pari agak efektif dan akan berbahaya jika ia dipijak.



HARUS DIELAK:



Jangan mengalihkan binatang marin dari habitat mereka kerana kebanyakan mereka tidak boleh bertahan di luar alam persekitaran mereka.



Jangan memegang atau mengutip binatang marin yang tidak diketahui atau dikenali untuk dimakan atau disimpan sebagai binatang peliharaan.



Ada sebahagian spesies yang bersengat atau berbisa.



Jangan menggunakan peralatan seperti penyepit atau tong untuk mencucuk atau menjolok hidupan marin. Spesies haiwan yang berbadan lemah seperti lintah laut dan gamat boleh dicederakan akibat perbuatan tersebut.



S: Apa yang berlaku jika kita menyentuh atau mengalih binatang marin tertentu? Bagaimanakah tindakan itu akan membahayakan mereka?



J: Kebanyakan haiwan marin tidak boleh menyesuaikan diri apabila dipegang atau dialih dari habitat semula jadi mereka. Ini boleh menyebabkan respons tertekan yang menjejas kesihatan dan pemulihan mereka.



Haiwan ini memberi reaksi apabila tertekan dengan melepaskan bahan untuk mengusir penceroboh.



Sebagai contoh, gamat akan mengeluarkan sebahagian atau semua isi perutnya sebagai pertahanan diri.



Ini proses yang akan menjadikan mereka mudah terdedah pada bahaya dan mereka tidak boleh makan dengan betul semasa mereka tumbuh semula organ itu dan pulih.



S: Bagaimanakah haiwan-haiwan tersebut boleh membahayakan manusia?



J: Sebahagian spesies haiwan di kawasan pantai seperti ikan batu amat berbisa dan siput kon amat berbahaya kepada manusia.



Orang awam mungkin tidak dapat membezakan spesies tersebut daripada jenis lain yang tidak berbisa.



Ada juga binatang-binatang yang susah untuk dilihat kerana mereka menyamarkan badan mereka. Apabila binatang tersebut menyengat, sengatannya amat berbisa dan boleh membawa maut.



S: Mengapa penting untuk kita membantu memelihara semua organisme?



J: Semua organisme yang hidup dalam sebuah ekosistem memainkan peranan dalam memastikan kesihatan dan daya tahan habitat-habitatnya.



Sebagai contoh, kerang laut atau dwicangkerang boleh membersihkan air kerana ia boleh menuras sambil makan dan ini termasuk mengekstrak kimia toksik, unsur besi dan biotoksin daripada pancutan air. Justeru, kehilangan spesies boleh menyebabkan kekurangan fungsi dalam sebuah ekosistem untuk mengekalkan kesihatan dan daya tahan habitatnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >