Premium
Terus jualan di gerai walau lutut sudah 'minta ampun'
Dec 20, 2020 | 5:30 AM
PERNIAGAAN TURUN-TEMURUN: Cik Azizah Abdullah, yang kini dibantu suaminya, Encik Abdul Karim, dan pekerja lain merancang menyerahkan gerainya di Pusat Makanan Ghim Moh kepada cucunya kelak. - Foto BM oleh MARK CHEONG -
Budaya penjaja Singapura secara rasmi disertakan dalam Senarai Wakil Unesco Warisan Budaya Bagi Kemanusiaan Yang Tidak Ketara Rabu lalu. Pengiktirafan Unesco itu bermakna budaya penjaja Singapura akan dilindungi dan ditonjolkan kepada penduduk setempat dan pengunjung dari luar negara. BERITA MINGGU memaparkan kisah dan pengalaman dua penjaja - satu veteran, dan satu lagi orang baru - dan perasaan mereka setelah menerima status baru itu.
LUTUTNYA sudah sakit-sakit tetapi Cik Azizah Abdullah masih tidak mahu melepaskan gerai nasi padangnya di Pusat Makanan Ghim Moh.

