Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

RENCANA

Tiga orang dikurniakan Anugerah Semangat Awam

May 23, 2023 | 03:02 PM



SEORANG jurulatih teknikal pesawat telah bertindak dengan berani demi menghentikan tindakan tidak bermoral di dalam sebuah bas awam.

Encik Koh Ming Bin, 24 tahun, yang bekerja di ST Engineering Aerospace Services, berkata beliau amat terkejut dengan kejadian kes cabul itu.

“Saya nampak seorang wanita dicabul betul-betul di depan mata saya,” katanya.

Encik Koh dengan pantas menghubungi pihak polis dan memberitahu pemandu bas tentang situasi tersebut. Bas kemudian dikunci untuk mengekang suspek dari melarikan diri sementara menunggu ketibaan pihak berkuasa.

Encik Koh memberitahu The Straits Times (ST) bahawa beliau akan berbuat perkara yang sama jika menyaksikan keadaan yang serupa.

“Saya tidak mahu wanita atau anggota keluarga saya melalui pengalaman yang menyakitkan seperti ini,” tambahnya.


Laporan tahunan Pasukan Polis Singapura (SPF) menunjukkan kes cabul telah meningkat dari 1,474 pada 2021 ke 1,610 pada 2022.

Encik Koh merupakan salah seorang daripada tiga individu yang diberi Anugerah Semangat Awam oleh Divisyen Polis Bedok pada Isnin.

Penolong Pesuruhjaya Polis (AC) Justin Wong berkata: “(Encik Koh) mendapat tahu daripada mangsa bahawa pelaku telah melakukan kes cabul yang sama dalam bas sebelum ini. Jika Encik Koh tidak campur tangan, mangsa tidak akan melaporkan kes ini.”

Dua penerima lain adalah Encik Ng Hoong Seong, yang telah berjaya memujuk seorang wanita daripada melakukan percubaan bunuh diri, dan Encik Tong Chee Fei, seorang pemandu bas yang berani menahan seorang suspek kes cabul sehingga pihak polis tiba.

Selain itu, enam individu lain telah diberi Anugerah Perkongsian Komuniti atas usaha gigih mereka dalam mencegah penipuan. Salah seorang daripada mereka adalah Encik Koh Jun Yi, seorang pekerja di sebuah bank yang berjaya menghalang seorang pelanggan dari menjadi mangsa penipuan.

Kejadian ini berlaku ketika Singapura sedang menghadapi peningkatan kes penipuan dan jenayah siber, yang jumlahnya telah meningkat lebih dari 25 peratus pada 2022 berbanding 2021.

“Saya merasakan ini adalah tanggungjawab saya untuk bertindak. Jika tidak, beliau mungkin akan kehilangan jumlah wang yang banyak,” ujar Encik Koh.

Cik Jessica Chen Yixuan, seorang Pengurus Dasar dan Peningkatan di Carousell pula telah membantu pihak polis dalam menjejaki penjual produk tiruan Apple Airpods di platform tersebut. Hasil bantuannya, pihak polis berjaya menahan dua orang suspek dan merampas 18 kotak barang palsu.

AC Wong berkata: “Kami berharap tindakan berani mereka ini akan menjadi inspirasi untuk orang lain melakukan hal yang sama. Kerjasama antara pihak polis dan orang ramai sangat penting dalam memastikan keamanan dan keselamatan Singapura.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >