Mengapakah cuaca begitu panas, dan adakah beberapa bahagian di Singapura lebih panas daripada yang lain? Kelembapan yang tinggi boleh merengsakan tetapi menggabungkannya dengan kelajuan angin yang rendah, sebagai contoh, dan ia akan menjadi lebih tidak selesa. Para saintis cuaca mengatakan ini menjelaskan mengapa ia boleh berasa lebih panas daripada apa yang ditunjukkan oleh termometer. Tetapi suhu di Singapura mencecah paras tertinggi sejak dua bulan lalu, dengan negara ini merekodkan suhu kedua tertinggi pada 1 April pada 36.8 darjah Celsius. Baru-baru ini, penduduk di sini terpaksa menanggung suhu tertinggi bagi Mei di Singapura - 36.7 darjah Celsius yang dicatatkan pada 13 Mei. Ikuti perkongsian pakar untuk mengetahui tentang faktor-faktor yang mempengaruhi bagaimana orang ramai merasakan panas, dan sama ada perubahan iklim boleh memburukkan keadaan.
Soalan (S): Apakah faktor yang boleh menyebabkan hari panas di Singapura terasa lebih teruk?
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg