Premium
Tindakan bakar Quran jejas ikatan keharmonian sejagat
Kumpulan 1000 Abrahamic Circles kecam insiden di Sweden; gesa umat Islam respons dengan tenang
Jan 28, 2023 | 5:30 AM

BANTAHAN AMAN: Penunjuk perasaan berhimpun di luar kedutaan Sweden di Kuala Lumpur semalam sebagai membantah tindakan membakar Al-Quran oleh pemimpin parti sayap kanan di Stockholm. - Foto REUTERS -
TINDAKAN pelampau sayap kanan Sweden-Denmark membakar Al-Quran di ibu negara Sweden, Stockholm, disifatkan sebagai telah membakar ikatan rapuh yang menyatukan semua manusia dalam keamanan dan keharmonian.
Mengutuk perbuatan itu, satu kenyataan daripada anggota 1000 Abrahamic Circles (1000 lingkaran Ibrahim), menyatakan perbuatan itu adalah tindakan yang sangat melampau yang menyinggung teras kepercayaan dalam susunan keunggulan moral yang mendakap semua orang dan menyeru mereka untuk menjadi yang terbaik.

