Premium
Tindakan bersama dalam tangani cabaran kewangan global
Menteri Kanan, Encik Tharman Shanmugaratnam, sedang mengadakan lawatan ke Amiriah Arab Bersatu (UAE), Jordan dan Israel dari 11 hingga 19 Mei. Beliau, yang juga Menteri Penyelaras bagi Dasar Sosial, menyampaikan ucapan mengenai reformasi kewangan global di Amman, Jordan pada 14 Mei lalu. Berikut sedutan ucapannya.
May 17, 2023 | 5:30 AM
REFORMASI KEWANGAN GLOBAL: Encik Tharman Shanmugaratnam mengupas tentang reformasi kewangan global dalam satu ceramah anjuran Yayasan Shoman di Amman, Jordan pada 14 Mei lalu. - Foto MFA -
TUGAS asas kita, di mana sahaja kita berada, adalah untuk membangun ketahanan dan keyakinan, dalam era tidak menentu dan amat membimbangkan bagi manusia.
Ia memerlukan orientasi semula dalam kedua-dua hal iaitu dasar kebangsaan dan juga cara kita bekerjasama secara global.

