Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:32
Maghrib
7:20
Isyak
8:30
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Tingkah agresif remaja dikaitkan dengan pengaruh permainan video aksi ganas

Feb 22, 2023 | 05:30 AM



SEBAHAGIAN daripada peningkatan tingkah laku agresif boleh dikaitkan dengan remaja yang terpengaruh dengan permainan video yang memaparkan aksi ganas.



Malah pendedahan yang berterusan kepada permainan dalam talian yang ganas, boleh membawa kepada peningkatan kecenderungan untuk melakukan keganasan dalam kehidupan sebenar.



Pakar psikiatri, Dr Syed Harun Alhabsyi, berkata penyelidikan menunjukkan bahawa permainan video ganas boleh menyebabkan kesan ganas pada kanak-kanak.



Ini diburukkan dengan kumpulan pelampau yang menggunakan cara kreatif untuk melibatkan golongan muda terdedah dalam permainan ganas dalam talian dengan kandungan pelampau yang membawa kepada kemudaratan.



Apatah lagi penyebaran ideologi pengganasan menggunakan permainan dalam talian sebagai salah satu saluran menggalakkan anak muda terpesona dengan sikap agresif.



Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas dua remaja berusia 15 dan 16 tahun, yang menjadi radikal sendiri ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), menurut Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) semalam.



Remaja 15 tahun itu melibatkan diri dalam perbincangan berkaitan ISIS dan menyertai wadah permainan dalam talian, Roblox di mana dia mahu meniru aksi ISIS di Roblox, seperti menembak dan membunuh "musuh" ISIS, mencerminkan keinginannya untuk menjadi seorang anggota ISIS.



Menurut Dr Syed Harun, sedang Singapura menghadapi ancaman hebat yang datang dari golongan pelampau atau ekstrem, sebarang faktor yang boleh menjadi punca berlakunya sesuatu kegiatan pelampau dan ekstrem perlu diberi perhatian yang serius melalui proses pemantauan dan pencegahan.



Oleh itu Dr Syed Harun menasihatkan ibu bapa mesti sentiasa berhati-hati dengan naratif dan perbincangan yang dilakukan oleh anak-anak mereka dalam talian terutama permainan video.



Malah di sebalik keganasan, terdapat banyak bahaya dalam talian lain seperti buli siber, penipuan, penyebaran stereotaip jantina dan penyebaran kebencian.



Dr Syed Harun berkata:



"Adalah penting bagi ibu bapa untuk mengawasi dan mempunyai kesedaran yang rapi tentang video yang dimainkan dan dilihat oleh anak-anak mereka dalam talian.



"Mereka juga harus memastikan bahawa bahan itu sesuai dengan umur untuk anak mereka.



"Mereka juga perlu memantau penggunaan permainan video atau komputer digunakan di kawasan terbuka di rumah dan bukannya di dalam bilik peribadi mereka.



"Ibu bapa juga perlu memainkan peranan tentang jenis permainan yang mereka pilih, dan kekerapan bermain permainan dengan penuh tanggungjawab.



"Ini secara automatik memberikan isyarat kepada kanak-kanak di mana sempadan permainan mereka.



"Jika dilakukan dengan baik, permainan video dalam talian sebenarnya boleh menjadi cara ibu bapa menjalin ikatan dengan anak mereka dan pada masa yang sama, mereka juga mendapat gambaran langsung tentang dengan siapa anak-anak itu berinteraksi dalam talian."



Menurut Dr Syed Harun, komuniti permainan video dalam talian telah berkembang dan bagi kebanyakan belia menggunalan permainan untuk menghilangkan tekanan, menggalakkan pembelajaran, penyelesaian masalah dan pembangunan kemahiran motor halus dan koordinasi.



Dari aspek sosial, komuniti dalam talian telah berkembang berbanding 20 hingga 30 tahun lalu. Namun ia membawa risiko apabila remaja menjadi keterlaluan dalam tabiat mereka sehingga menjejas tahap fungsi sosial, pelajaran atau pekerjaan mereka.



Dalam keadaan ini, katanya mereka mengabaikan tanggungjawab mereka sama ada waktu sekolah, kerja atau keluarga.



Ini termasuk keupayaan mereka untuk mengekalkan hubungan peribadi sosial yang bermakna telah berkurangan sehingga berpotensi membawa kepada banyak kemudaratan dalam situasi kehidupan sebenar.



Menurut Dr Syed Harun ia turut membawa kemerosotan kepada kesihatan fizikal dan mental terutamanya dengan aktiviti permainan dalam talian yang berlangsung selama berjam-jam dan apabila dilakukan secara bersendirian dalam rumah.



Bagaimanapun katanya jika dilakukan secara sederhana dan terkawal, permainan video dalam talian boleh menjadi modal untuk belajar dan berinteraksi dengan orang lain.



Asatizah setempat, Ustazah Azeemah Mustafa, berkata terdapat banyak kajian yang mengesahkan pelbagai kesan dari permainan video dalam talian yang panjang.



Sebagai contoh, badan kesihatan dunia telah menyenaraikan ketagihan permainan dalam talian sebagai satu bentuk baru gangguan jiwa abad ini dalam buku panduan bertajuk 'International Classification of Diseases'yang diterbitkan pada 2018.



“Menurut pengamatan saya, mereka yang bermain tanpa batas waktu di rumah lebih cenderung merasa bosan dalam kelas, pendeknya konsentrasi, bersikap lebih agresif baik dalam tingkah laku mahupun pertuturan ataupun lebih banyak menyendiri dan sering mempunyai masalah komunikasi.



“Apabila mereka meningkat remaja, golongan ini lebih mudah ponteng kelas, lebih-lebih lagi jika kelas itu merupakan kelas tambahan dan tindakan disiplin terlalu ringan atau tiada sama sekali,’’ ujar Ustazah Azeemah.



Menurut Ustaz Azeemah, tidak semua permainan dalam talian itu sesuai untuk semua peringkat usia. “Hari ini, kanak-kanak seawal darjah satu sudah pandai bermain permainan khusus untuk yang lebih dewasa.



“Sebagai contoh, ‘Mobile Legend’ menjadi siulan anak-anak di bangku sekolah rendah sedangkan pihak penyedia mengariskan kesesuaian permainan ini untuk 15 tahun ke atas.



“Begitu juga permainan-permainan dalam talian yang lain, kebiasaannya ditetapkan sesuai bagi yang berusia 12 tahun ke atas,” ujar Ustazah Azeemah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >