Ohhh Ibu... Tugas murni selaku jururawat dorong 2 puteri ikut jejak kerjaya
Premium
Ohhh Ibu... Tugas murni selaku jururawat dorong 2 puteri ikut jejak kerjaya
Ibu pengurus jururawat kanan di Hospital Universiti Nasional (NUH); Seorang anak jururawat dalam wad geriatrik di Hospital Alexandra; Seorang lagi anak kini jalani program bekerja sambil belajar sebagai jururawat pelajar di NUH
May 14, 2023 | 5:30 AM
CETUS INSPIRASI: Melihat dedikasi, kesungguhan dan kerja keras ibu mereka, Cik Siti Meriam Rais (kiri), yang bekerja sebagai jururawat telah mendorong dua beradik - Cik Nurin Nayli Abdul Halim (tengah) dan Cik Nur Kamilia Abdul Halim (kanan) - untuk mengikuti jejak langkah ibu mereka menceburi bidang kerjaya yang sama. - Foto BM oleh NUR DIYANA TAHA -
Perjuangan serta pengorbanan seorang ibu memang tidak ternilai. Mereka yang melahirkan dan mencorak generasi masa depan. Sempena Hari Ibu, BERITA MINGGU menampilkan wanita bergelar ibu yang telah menunjukkan kesungguhan, dedikasi serta komitmen serta menjadi inspirasi kepada anak-anak mereka.
SEMASA kecil, pernah terdetik dalam benak fikiran Cik Nurin Nayli Abdul Halim dan adiknya, Cik Nur Kamilia, mengapa ibu mereka kadangkala dipanggil pulang ke tempat kerja pada lewat malam.

