Tukar kerjaya, timba kemahiran baru - jadi teknisyen lif
Premium
Tukar kerjaya, timba kemahiran baru - jadi teknisyen lif
Apr 26, 2021 | 5:30 AM
TUKAR ANGIN: Selepas enam tahun bekerja sebagai pemandu sebuah pengendali pelabuhan, Encik Muhammad Haneef Abdul Hamid memutuskan untuk menukar kerjaya dan berjaya mendapatkan pekerjaan baru sebagai teknisyen lif pada Disember 2019. Beliau juga menyertai kursus PCP bagi Pakar Lif untuk menimba pengetahuan dan kemahiran yang relevan bagi peranan barunya itu, dan kini sedang mengikuti kursus Nitec dalam Pengangkutan Tegak. - Foto BH oleh CHONG JUN LIANG -
Menukar kerjaya ke satu bidang baru yang tidak pernah dilakukan sebelum ini bukan satu perkara mudah. Namun, dua individu ini telah berusaha menimba dan mempertingkat kemahiran mereka menerusi program Agensi Tenaga Kerja Singapura (WSG) yang disediakan supaya mereka dapat dilengkapi dengan pengetahuan baru dan relevan untuk melakukan peranan baru mereka. Ikuti laporan IRMA KAMARUDIN (irmak@sph.com.sg)
SELEPAS tamat menjalani Perkhidmatan Negara (NS), Encik Muhammad Haneef Abdul Hamid tidak begitu pasti apakah kerjaya yang ingin diceburi.

