Tumpuan ekonomi kekal di Jawa sedang prasarana diagih serata Indonesia
Premium
Tumpuan ekonomi kekal di Jawa sedang prasarana diagih serata Indonesia
Ketidaksamaan pertumbuhan ekonomi, pendapatan per kapita, jarak antara sebab yang menjejas migrasi penduduk ke kawasan lain
May 27, 2021 | 5:30 AM
PROJEK BARU: Seorang lelaki kelihatan berjalan di tapak binaan jalan raya Balikpapan-Samarinda di Kabupaten Kutai Kertanegara, provinsi Kalimantan Timur, Indonesia. Pentadbiran Presiden Joko Widodo sedang mempertingkat usaha membangunkan prasarana di kawasan luar Pulau Jawa bagi mendorong pembangunan ekonomi di kawasan tersebut. - Foto REUTERS -
SEDANG pemerintah berusaha membangunkan pusat-pusat bandar baru di serata negara, hakikatnya, majoriti penduduk Indonesia yang berjumlah lebih 270 juta masih tertumpu di Pulau Jawa.
Ini kerana kebanyakan pulau lain di Indonesia masih belum berupaya mengikuti pembangunan yang telah dicapai pulau Jawa.

