Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

TIMUR TENGAH

UAE tawar insentif bagi pelaburan R&D dan sektor strategik

May 24, 2023 | 05:10 PM



DALAM rencana lalu bertajuk ‘Timur Tengah: Bukan Semuanya Hilang,’ ia memaparkan Amiriah Arab Bersatu (UAE) menawarkan pakej menarik kepada syarikat asing dan pelabur yang aktif dalam sektor ekonomi strategik, seperti Penyelidikan dan Pembangunan (R&D), Makanan dan Pertanian, Penjagaan Kesihatan, Teknologi Maklumat-Kecerdasan Buatan (IT-AI), Farmaseutikal dan Perkilangan.

Rencana kali ini fokus kepada R&D dan insentif, dan panduan untuk melabur dalam sektor ini, sementara Makanan dan Pertanian akan menjadi fokus di lain rencana.

Dalam dekad lalu, UAE membangunkan strategi kebangsaan untuk percepat agenda mempelbagai ekonominya bagi memajukan persaingan antarabangsa dan kemampanan ekonomi berteras ilmu, dengan ekosistem holistik R&D.

Ekosistem ini adalah hasil kerjasama antara industri, para akademik dan pemerintah, bagi perkukuh asas R&D di serata negara dan serantau.

Institut Sains dan Teknologi Masdar adalah penggerak utama bagi Abu Dhabi untuk mencapai elemen asas inovasi ini, yang diperlukan bagi mewujudkan peralihan ekonomi.

Institut itu ditubuhkan oleh pemerintah Abu Dhabi pada 2007, bagi memainkan peranan utama dalam mencapai matlamat mempelbagaikan ekonomi UAE.

Dibangunkan dengan kerjasama Institut Teknologi Massachusetts (MIT), visi institut itu adalah untuk menjadi sebuah institusi penyelidikan dan pendidikan peringkat siswazah bertaraf dunia, yang melahirkan para pemimpin dalam bidang tenaga canggih dan kemampanan, bagi menjadikan Abu Dhabi sebagai hab ilmu bagi pertumbuhan sosioekonomi.

Untuk membantu dan menarik syarikat-syarikat yang bergerak dalam sektor ekonomi strategik di negara ini, UAE menawarkan satu pakej insentif berdaya saing, menawarkan kemudahan kewangan bagi sektor yang diutamakan, iaitu R&D, Makanan dan Pertanian, Penjagaan Kesihatan, IT-AI dan Farmaseutikal dan Perkilangan.

R&D adalah keutamaan pemerintah di UAE kerana ia telah membantu pertumbuhan pesat negara.

Pelbagai kempen dan usaha telah dilancarkan baru-baru ini, bagi menyokong R&D di negara itu, seperti R&D Dasar Tadbir Urus yang diumumkan pada 2021, yang berhasil menubuhkan Majlis R&D UAE.

Selanjutnya, sebuah badan baru, Panduan Kebangsaan bagi Pengukuran Perbelanjaan R&D Dalam Sektor Pemerintah, telah dilancarkan dan sebuah Majlis Penyelidikan Teknologi Tinggi dibentuk.

R&D bagi perbelanjaan kebangsaan adalah relevan bagi hampir kesemua sektor ekonomi. Kesemua tujuh negeri dalam UAE telah melaksanakan langkah bagi mewujudkan sekitaran yang disenangi para pelabur asing.

Abu Dhabi menubuhkan ‘Penguasa R&D Abu Dhabi’, pada 2019 dengan mandat menentukan dasar dan rancangan strategik, termasuk penubuhan sebuah pusat dasar dan membina perkongsian dengan institusi dana penyelidikan.

Institusi ini membantu menjadikan Abu Dhabi sebagai penyuluh teknologi global, inovasi dan bakat, menyediakan ekonomi berasaskan ilmu dan pekerjaan masa hadapan dengan penekanan dalam bidang bahan canggih, AI, bioteknologi, kemampanan dan keselamatan makanan.

Dalam pada itu, Dubai pula mengumumkan pada 2022 penubuhan ‘Program R&D Dubai’ bagi membantu sektor ekonomi penting dan mewujudkan peluang baru ke arah pertumbuhan di serata negara itu.

Program itu menawarkan satu rangka kerja menyeluruh dalam R&D dan pembangunan inovasi di seluruh UAE. Program itu akan fokus kepada empat bidang iaitu kesihatan dan kesejahteraan hidup; teknologi alam sekitar; infrastruktur bijak serta mesin kepantasan dan kecerdasan manusia.

Sehingga 2020, 1.3 peratus daripada Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) negara itu diperuntukkan bagi R&D. Perbelanjaan bagi R&D sektor perindustrian dianggarkan meningkat menjadi $21 bilion, menjelang 2031, berbanding $7.7 bilion pada 2020.

Keunggulan UAE sebagai destinasi sejagat amat tinggi dan menarik kepada sebarang pelabur di dunia dalam apa jua sektor. UAE mempamerkan keupayaannya untuk menarik dan mengekalkan bakat terkemuka warga global.

Negara itu juga berhasil memasarkan kedudukannya sebagai negara masa hadapan, dengan aspirasi tanpa batas buat generasi masa kini dan masa hadapan.

Hubungan dua hala antara Singapura dan UAE adalah substantif, mesra, tulen serta saling menghormati, dengan keinginan untuk melaksanakan kepentingan kedua-dua negara.

Hubungan antara kedua-dua negara terus berkembang tahun demi tahun, dari segi skop dan kedalaman, mencakup pelbagai bidang kerjasama.

Lebih 3,000 rakyat Singapura tinggal di UAE, sementara bilangan syarikat Singapura di UAE mencapai lebih 600, beroperasi dalam bidang-bidang ekonomi penting seperti infrastruktur, hartanah, komunikasi, pengangkutan, rawatan air, teknologi maklumat dan AI.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >