Premium
Usah panik apabila anak hambur kata-kata kesat
Apakah yang akan anda lakukan jika anak kecil anda tiba-tiba hamburkan kata-kata kesat? Apakah reaksi anda sebagai ibu bapa? Haruskan anda marah, menegur atau memukul mereka? Di bawah antara saranan yang boleh anda lakukan jika anak anda menggunakan kata-kata kesat
Jan 24, 2023 | 5:30 AM
CARA LUAH EMOSI: Kanak-kanak menggunakan kata-kata kesat kerana mereka mahu melahirkan emosi mereka dan tidak tahu kekata yang sesuai untuk menggambarkan emosi mereka. - Foto hiasan ISTOCKPHOTO -
1. USAH BERTINDAK KETERLALUAN
Cik Foong-Tan, seorang pendidik kehidupan keluarga yang juga pengasas bersama kumpulan ibu bapa SGFamilies berkata ada kalanya kanak-kanak menggunakan kata-kata kesat kerana mereka mahu melahirkan emosi mereka dan tidak tahu kekata yang sesuai untuk menggambarkan emosi mereka, lapor The Straits Times (ST).

