Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

TAHUN BARU, PERMULAAN BARU

Usaha gigih cari kerja berbaloi setelah sertai program SGUnited

Jan 01, 2022 | 05:30 AM



SELEPAS berakhirnya hujan ribut, akan muncul pelangi dan pancaran cerah matahari.



Tahun baru 2022 menghadirkan sinar harapan baru bagi Cik Nurul Khairunnisa Roslan, yang selama berbulan lamanya menghadapi cabaran mendapatkan pekerjaan sepenuh masa selepas tamat pengajian diplomanya pada Mei 2020.



Namun, berkat usaha gigihnya, wanita berusia 25 tahun itu bukan hanya berpeluang menyertai program latihan untuk menimba pengalaman dalam industri rantaian bekalan yang ingin diceburinya, malah ditawarkan pekerjaan sepenuh masa di akhir latihan itu pada Ogos lalu.



Lulusan diploma jurusan pengurusan perindustrian dan operasi dari Politeknik Republic (RP) itu mempunyai harapan besar dapat meraih peluang pekerjaan sejurus selesai pengajian, tetapi bak mengalami mimpi buruk, virus Covid-19 yang merebak di sini pada 2020 hampir menghancurkan impiannya.



"Ia sesuatu yang menyeramkan dan mematahkan semangat. Saya selalu fikir kalau kita ada sijil di tangan, kita akan layak untuk mendapat pekerjaan.



"Namun, apabila Covid-19 melanda, terdapat berita sana sini syarikat berhenti mengambil pekerja baru. Syarikat juga menjangkakan kerugian dalam perniagaan; oleh itu, mengapakah mereka akan mengambil lebih ramai pekerja, apatah lagi seseorang dengan kurang pengalaman seperti saya?



"Kita tidak tahu betapa besar kesan pandemik itu terhadap ekonomi dan semuanya tidak begitu pasti," ujar beliau.



Permohonan demi permohonan Cik Khairunnisa hantarkan kepada syarikat untuk mendapat pekerjaan tetap dalam industri rantaian bekalan, namun masih tidak dapat menemui pekerjaan.



Mujur, beliau mendapat tahu tentang Program Pelatih SGUnited, dan dengan segera tertarik dengan jaminan akan dapat meraih pendedahan dan pengalaman melalui latihan di tempat kerja di bawah program itu.



Tidak lama selepas itu, Cik Khairunnisa mendapat panggilan daripada syarikat ST Logistics dan ditawarkan peluang sebagai pelatih bersama syarikat itu pada Oktober 2020.



"Kebanyakan syarikat berkata mereka lebih memilih pemohon yang mempunyai pengalaman kerja relevan… saya tidak dapat mencari pekerjaan kerana saya tiada pengalaman, tetapi saya juga tidak dapat meraih pengalaman tanpa pekerjaan.



"Saya hanya mahu meraih pengalaman secepat mungkin supaya dapat membina portfolio dan juga kemahiran saya," kata beliau.



Sebagai pelatih di ST Logistics, Cik Khairunnisa disertakan dalam unit Logistik Terjamin, di mana beliau perlu mengendalikan, menempatkan, menyimpan dan menjejak barang sensitif dan memastikan langkah keselamatan yang wajar dilaksanakan.



Meskipun tanggungjawab itu dianggap berat, beliau meraih pengalaman dan berpeluang belajar menggunakan alat teknologi yang membantu beliau melakukan tugasnya dengan lebih mudah dan cepat.



Malah, prestasi kerjanya sebagai seorang pelatih itu begitu memuaskan dan menggembirakan ST Logistics hingga Cik Khairunnisa ditawarkan pekerjaan sepenuh masa sebagai eksekutif (operasi) Ogos lalu.



"Saya tentu sekali rasa sangat gembira. Saya memang sudah menikmati masa di sini bersama ST Logistics kerana sentiasa dapat belajar dan mencabar diri saya.



"Untuk diberi jawatan sepenuh masa merupakan satu kemenangan bagi saya. Saya rasa rendah hati dengan pengesahan dan peluang yang diberi," kata beliau.



Sebagai eksekutif (operasi), Cik Khairunnisa perlu menggalas tugasan lebih besar termasuk menangani dokumen kewangan, dengan pengurusnya juga memberi kepercayaan kepadanya untuk mengendalikan seluruh operasi dengan lancar.



Memandang ke hadapan, Cik Khairunnisa berkata beliau merancang melanjutkan pengajiannya di peringkat sarjana muda dalam jurusan rantaian bekalan secara sambilan kelak.



Beliau menambah bahawa masih ada banyak lagi perkara untuk dipelajari menerusi pengajian dan juga dalam pekerjaan di syarikat itu.



"Setiap orang lari dalam perlumbaan sendiri mengikut rentak masing-masing. Oleh itu, jangan tawar hati apabila anda kadangkala rasa ketinggalan di belakang sedikit. Jangan pernah putus asa dan terus mengejar impian anda," tambah beliau.




"Kebanyakan syarikat berkata mereka lebih memilih pemohon yang mempunyai pengalaman kerja relevan… saya tidak dapat mencari pekerjaan kerana saya tiada pengalaman, tetapi saya juga tidak dapat meraih pengalaman tanpa pekerjaan.

Saya hanya mahu meraih pengalaman secepat mungkin supaya dapat membina portfolio dan juga kemahiran saya."

- Cik Nurul Khairunnisa Roslan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >