Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Usaha kolektif pastikan sokongan makanan berterusan bagi keluarga rentan

Jan 09, 2022 | 05:30 AM



Sejak Kumpulan Kerja Makanan Amal yang ditubuhkan pada 2019 oleh Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), terdapat pelbagai perkara yang telah dibincangkan bagi memastikan golongan rentan mempunyai akses kepada makanan serta mengurangkan pembaziran makanan. Baru-baru ini BERITA MINGGU berpeluang menemuramah pertubuhan serta sukarelawan yang telah 'turun ke padang' untuk menyelaraskan pengagihan makanan kepada mereka yang memerlukan.



DITUBUHKAN oleh Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) pada 2019, Kumpulan Kerja Makanan Amal (CFWG) ialah sebuah kumpulan kerja yang berharap dapat menyelaraskan sokongan makanan dengan lebih baik.



Platform tersebut berfungsi sebagai ruang untuk bertukar-tukar idea dan langkah terbaik, kata MSF.



Lebih penting lagi, ia menjalin perkongsian yang meningkatkan sokongan makanan dan membolehkan pengagihan yang lebih baik di kalangan golongan yang berbeza, tambah MSF.



Bekerja bersama pihak berlainan yang terdiri daripada pertubuhan yang menyokong dari segi makanan, sukarelawan, korporat dan agensi kerajaan serta agensi kerajaan, CFWG berharap dapat mengurangkan pembaziran makanan serta menyediakan sokongan makanan kepada mereka yang memerlukan, kata MSF semasa menjawab pertanyaan Berita Minggu (BM).



Semua langkah tersebut merupakan sebahagian daripada usaha lanjutan untuk menawarkan makanan dan barangan keperluan kepada keluarga yang memerlukan serta sokongan makanan kecemasan di tengah-tengah pandemik Covid-19.



"Semasa tempoh Pemutus Litar 2020, anggota Kumpulan Kerja telah berkumpul untuk memastikan kesinambungan sokongan makanan untuk mereka yang memerlukan sambil menjaga kesihatan kakitangan dan sukarelawan," jelas MSF.



Antara pertubuhan sokongan makanan termasuk The Food Bank, Food from the Heart, Free Food For All (FFFA), Willing Hearts, Mummy Yummy serta Singapore Buddhist Welfare Services.



Badan-badan ini juga bekerja bersama agensi-agensi pemerintah yang lain seperti Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE), Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB), Agensi Teknologi Pemerintah, Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) serta Agensi Makanan Singapura.



Bagi terus menyelaraskan usaha ini, kumpulan kerja ini telah memulakan dua projek.



Pertama ialah Penyelaras Makanan Tempatan perintis di tiga kawasan kejiranan - Kelab Masyarakat Kampong Glam, Jalan Kukoh dan Kembangan-Chai Chee.



Menurut MSF, Projek Perintis Penyelaras Makanan Tempatan (LFC) membawa penyelarasan usaha sokongan makanan ke peringkat kawasan kejiranan, kerana ia memberikan keterangan yang lebih baik tentang kemungkinan berlaku duplikasi atau kekurangan, dan membolehkan penyelaras mengarahkan semula sokongan makanan mengikut keperluan.



"Sebagai contoh, LFC dapat memadankan rakan kongsi amal makanan bersama individu, kumpulan atau syarikat yang ingin memberi bantuan makanan ad-hoc yang sesuai kepada benefisiari berdasarkan keperluan makanan mereka, yang mengurangkan pembaziran makanan," kata MSF.



Projek kedua pula merupakan panduan sokongan makanan dan pangkalan data benefisiari sokongan makanan.



Pangkalan data makanan itu dikatakan akan membantu untuk memadankan setiap individu kepada keperluan makanan yang mereka perlukan dengan badan sokongan makanan.



Ini dilakukan dengan mengumpulkan data sokongan makanan yang disediakan dan mengenal pasti kawasan di mana usaha sokongan makanan boleh diarahkan atau dialihkan, kata MSF sambil menambah bahawa prototaip bagi pangkalan data dan panduan ini dijangkakan disediakan pada suku pertama tahun ini.



Panduan tersebut dikatakan akan menyatukan senarai pertubuhan yang menyokong dari segi makanan di Singapura pada platform yang sama, membolehkan orang ramai atau agensi perkhidmatan sosial mencari sokongan makanan berdasarkan lokasi atau keperluan pemakanan.



MSF turut menekankan bahawa untuk membina masyarakat yang inklusif dan penyayang, ia memerlukan usaha yang kolektif.



Jika anda menemui seorang individu yang memerlukan bantuan, sila hubungi talian ComCare di 1800-222-0000 atau menghubungi Pejabat Khidmat Sosial yang berhampiran.




INISIATIF MSF



PASTIKAN PROJEK LANCAR SEMASA PEMUTUS LITAR 2020



"Semasa tempoh Pemutus Litar 2020, anggota Kumpulan Kerja telah berkumpul untuk memastikan kesinambungan sokongan makanan untuk mereka yang memerlukan sambil menjaga kesihatan kakitangan dan sukarelawan.



ELAK DUPLIKASI DAN KEKURANGAN 



"Sebagai contoh, LFC dapat memadankan rakan kongsi amal makanan bersama individu, kumpulan atau syarikat yang ingin memberi bantuan makanan ad hoc yang sesuai kepada benefisiari berdasarkan keperluan makanan mereka, yang mengurangkan pembaziran makanan."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >