Premium
Usahasama pelbagai pihak bawa keceriaan kepada penduduk
Acara buka puasa diharap dapat diteruskan pada masa hadapan untuk bantu penduduk berpendapatan rendah
May 1, 2021 | 5:30 AM
HULUR BANTUAN DI BULAN MULIA: Anggota Parlimen bagi GRC Pasir Ris-Punggol, Encik Sharael Taha (kanan, berdiri), bersama pemilik restoran Asli Village, Cik Samsiah Suliman (bertudung biru), bertemu dengan keluarga yang hadir untuk acara berbuka puasa yang diadakan di restoran tersebut di Downtown East Selasa minggu lalu. - Foto ihsan NTUC CLUB -
SEBAGAI sebahagian dari kempen Ramadan Care yang diadakan tahun ini, beberapa badan-badan kebajikan serta perusahaan di kawasan GRC Pasir Ris-Punggol telah tampil untuk membantu para penduduk di kawasan tersebut.
Kempen yang berlangsung dari 17 April hingga 30 Mei ini bertujuan untuk memberi keprihatinan dan membawa keceriaan kepada sambutan Hari Raya Aidilfitri untuk masyarakat Melayu/Islam di kawasan tersebut.

